PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir di Pahang semakin pulih, 580 mangsa berlindung di 8 PPS

Banjir di Pahang semakin pulih, 580 mangsa berlindung di 8 PPS

KUANTAN: Situasi banjir di Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) turun mendadak kepada 580 orang daripada 167 keluarga pagi ini berbanding 2,575 orang daripada 859 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan hanya lapan PPS masih beroperasi di lima daerah setakat 8 pagi iaitu tiga di Pekan, dua di Bera serta masing-masing satu di Kuantan, Temerloh dan Maran.

Kuantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 259 orang daripada 75 keluarga diikuti Pekan (206 orang daripada 67 keluarga) dan Bera (67 orang daripada 16 keluarga).

"Daerah Maran pula mencatatkan 35 mangsa daripada enam keluarga manakala Temerloh merekodkan 13 mangsa daripada tiga keluarga," menurut kenyataan itu.

Infopublic banjir pula memaklumkan bahawa dua sungai utama melepasi bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran yang mencatatkan 19.39 meter manakala Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini di Pekan mencatatkan 15.73 meter. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search