PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir di Pahang berkurang

Mangsa banjir di Pahang berkurang

KUANTAN – Banjir di negeri ini semakin reda apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 4,971 orang berbanding 9,596 mangsa direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, Kuantan masih merekodkan jumlah tertinggi apabila merekodkan 4,221 mangsa diikuti Pekan seramai 460 mangsa.

“Jerantut merekodkan seramai 86 mangsa, Bera (68), Rompin (42), Temerloh (59) dan Maran seramai 35 mangsa. Kesemua mangsa ditempatkan di 40 PPS di daerah terbabit,” katanya di sini hari ini.

Menurut Che Adam, pada masa ini terdapat lima batang sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Keratong di Rompin, Sungai Pahang di Bera, Sungai Pahang di Maran, Sungai Luit di Maran dan Sungai Pahang di Pekan.

Katanya, lima sungai pula berada pada paras amaran iaitu Sungai Chereh di Kuantan, Sungai Soi di Kuantan, Sungai Pahang di Temerloh, Sungai Pahang di Kuala Krau dan Sungai Pahang di Maran. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search