PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gunung Semeru di Indonesia meletus enam kali, tahap amaran kekal tinggi

Gunung Semeru di Indonesia meletus enam kali, tahap amaran kekal tinggi

ISTANBUL, 22 Dis: Gunung Semeru di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak enam kali pada pagi Ahad, dengan kepulan abu mencapai ketinggian sehingga 1,200 meter dari atas puncaknya, lapor Anadolu Ajansi.

Terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang, gunung berapi itu, yang berada dalam fasa aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kini berada pada status amaran Tahap III, menurut agensi berita kerajaan Indonesia, Antara News.

“Satu letusan berlaku pada 5.46 pagi waktu tempatan Ahad (2246 GMT Sabtu), dengan ketinggian kepulan awan mengandungi abu yang diperhatikan mencecah 1,200 meter dari puncak,” kata Liswanto, pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Semeru di Lumajang.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam radius 13 kilometer dari puncak.

“Orang ramai juga dilarang melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah berikutan risiko terkena lontaran batu,” tambah Liswanto.

Menurut data pemantauan, ketinggian kepulan awan mengandungi abu berbeza-beza antara 500 meter hingga 1,200 meter.-TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search