PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir Kemaman, Hulu Terengganu meningkat 470 orang

Mangsa banjir Kemaman, Hulu Terengganu meningkat 470 orang

KUALA TERENGGANU: Cuaca tidak menentu dengan hujan kadangkala lebat memburukkan situasi banjir di Terengganu apabila jumlah mangsa meningkat kepada 470 orang daripada 141 keluarga di Hulu Terengganu dan Kemaman berbanding seramai 158 orang petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, semua mangsa berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua daerah berkenaan.

Katanya, seramai 266 mangsa daripada 86 keluarga dipindahkan ke empat PPS di Hulu Terengganu iaitu PPS Kampung Lubok Periok, Masjid Kampung Peneh, Balai Raya Kampung Kemat dan Balai Raya Kampung Pelandan

“Di Kemaman pula menyaksikan seramai 204 mangsa daripada 55 keluarga berada di empat PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Dewan Sivik Air Putih dan Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tayur Hulu.

“Selain itu PPS dibuka di Dewan Kentengah Dandong, Dewan Orang Ramai Batu 14 dan Masjid Batu 16 Tebak,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, sehingga pukul 7 pagi ini, paras air  Sungai Besut, Jambatan Keruak di Besut melebihi tahap bahaya 0.16m dan trend menaik dilaporkan.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search