PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

MetMalaysia kesan Lekukan Tropika berhampiran Vietnam

MetMalaysia kesan Lekukan Tropika berhampiran Vietnam

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat apabila mengesan satu Lekukan Tropika berhampiran Vietnam namun mengesahkan ia tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ia dikesan pada jam 11.00 pagi dan berada pada kedudukan latitud 14.7 utara dan longitud 111.6 timur, bergerak ke arah tenggara dalam keadaan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer per jam (km/j).

“Kedudukannya dikesan 396 kilometer ke tenggara Da Nang, Vietnam dan 1,036 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah. “Namun, tiada kesan signifikan kepada Malaysia,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) dengan mengikuti maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search