PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Dewan Rakyat: Projek naik taraf Jalan Serian-Tebedu dijangka cecah RM1 Bilion

Dewan Rakyat: Projek naik taraf Jalan Serian-Tebedu dijangka cecah RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Projek menaik taraf Jalan Serian-Tebedu sepanjang 48 kilometer dijangka menelan belanja mencecah RM1 bilion,“ kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menjelaskan, kos tersebut meliputi kerja menaik taraf jalan daripada dua lorong kepada empat lorong serta pembinaan 10 jambatan baharu.

Bagaimanapun, beliau berkata anggaran awal kos berkenaan hanya akan dimuktamadkan selepas kerja awalan projek disiapkan menjelang akhir tahun 2026.

“Kerja awalan melibatkan kerja ukur bernilai RM5 juta, reka bentuk awam dan struktur (CNS) RM5.9 juta, kerja alam sekitar RM500,000, kajian trafik RM300,000 dan audit keselamatan jalan RM800,000.

“Setelah kerja-kerja ini selesai hujung tahun 2026 atau lebih awal, kita akan memperoleh anggaran sebenar kos projek. Kemudian, penilaian nilai akan dibuat bersama Kementerian Ekonomi bagi menentukan jumlah kos sebenar.

“Sudah tentu kosnya lebih daripada RM500 juta, mungkin sehingga RM1 bilion,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem (Gabungan Parti Sarawak – Serian) yang ingin tahu jumlah sebenar diperlukan bagi membina semula Jalan Serian-Tebedu.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Perikatan Nasional – Langkawi) mengenai laporan berhubung kualiti pembinaan jalan di Sarawak yang didakwa rendah serta insiden 29 kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan, Ahmad menegaskan KKR sentiasa meneliti aspek bahan binaan dan struktur bagi memastikan ketahanan setiap projek jalan raya.

Menurut Ahmad, kementerian turut memperuntukkan dana bagi kerja pembaikan cerun dan tanah runtuh, sama ada bagi kawalan awal mahupun tindakan selepas kejadian berlaku.

Tambahnya, penentuan kategori dan keutamaan projek naik taraf jalan dibuat berdasarkan penilaian kerajaan negeri, termasuk melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search