PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Monsun Timur Laut mula esok, risiko banjir kekal tinggi

Monsun Timur Laut mula esok, risiko banjir kekal tinggi

PETALING JAYA: Fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bakal melanda negara mulai esok hingga Mac tahun depan, membawa taburan hujan pada paras purata di kebanyakan kawasan negara.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang lazim terdedah kepada risiko banjir seperti pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah bakal menerima jumlah hujan antara sederhana hingga tinggi dalam tempoh berkenaan.

“Antara negeri yang dijangka mencatatkan jumlah hujan lebih tinggi daripada purata bulanan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Pantai Barat dan Kudat di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak tengah dan utara.

“Kawasan di pantai barat Semenanjung termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor barat dijangka menerima hujan dalam kategori purata,” katanya merujuk peta jangkaan hujan bulanan.

MetMalaysia turut mengklasifikasikan paras hujan bulanan yang berada 60 peratus melebihi purata dikategorikan sebagai ‘sangat melebihi purata’, manakala hujan di bawah 40 peratus daripada purata dianggap ‘bawah purata’.

Sebelum ini, MetMalaysia meramalkan lima hingga tujuh kejadian hujan lebat untuk fenomena MTL tahun lalu.

Namun, tiada pengumuman spesifik setakat ini yang menyatakan bahawa jumlah hujan akan lebih tinggi atau lebih rendah berbanding musim lalu dengan angka yang jelas.

“Penduduk di kawasan berisiko tinggi seperti Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat, angin kencang dan kejadian tidak diingini,” katanya. – UTUSAN

 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search