PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa di 7 negeri

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa di 7 negeri

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan, berkata ramalan cuaca itu dijangka membabitkan Padang Terap dan Sik, Kedah dan Pahang.

"Cuaca sama dijangka berlaku di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim serta Kelantan di Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

"Selain itu, Terengganu membabitkan kawasan Hulu Terengganu dan Kemaman, Pahang, Sarawak membabitkan Sibu (Kanowit) dan Limbang serta Sabah membabitkan Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Kunak dan Lahad Datu)," katanya di Facebook malam ini.

Menurut kenyataan itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

 

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search