PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

3 kampung di Bandar Baharu dilanda banjir, 4 sungai melepasi paras bahaya

3 kampung di Bandar Baharu dilanda banjir, 4 sungai melepasi paras bahaya

BANDAR BAHARU: Hujan lebat berterusan melebihi empat jam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir sejak jam 7 malam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairudin berkata, akibat hujan lebat yang berterusan itu menyebabkan dua rumah yang didiami 11 penduduk di Kampung Terap Dalam, Mukim Selama dinaiki air.

Beliau berkata, selain itu, kawasan yang terjejas banjir adalah di Kampung Sungai Tengas, Mukim Selama.

"Bagaimanapun Kampung Sungai Punti, Mukim Serdang pula hanya air melintasi laluan utama di kawasan itu.

"Anggota kami turut melakukan pemantauan di lokasi kejadian iaitu di Kampung Terap Dalam, Kampung Sungai Tengas dan Kampung Sungai Punti.

 

"Hasil pemantauan mendapati trend air naik di kawasan terjejas dan semua jumlah rumah dan mangsa masih dalam bancian oleh pihak APM Daerah Bandar Baharu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rahim berkata, pihaknya akan membuka pusat pemindahan sementara (PPS) jika keadaan banjir semakin buruk.

Beliau berkata, setakat ini empat sungai di daerah itu iaitu Sungai Punti, Sungai Serdang, Sungai Terap Dalam dan Sungai Terunsing sudah melepasi paras bahaya.

"Anggota APM Bandar Baharu akan terus melakukan pemantauan di lokasi yang dinaiki air dan penyelamatan akan dilakukan jika air terus meningkat.

"Setakat ini, keadaan masih hujan dan operasi pemantauan masih dilakukan," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search