PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh terbakar

Tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh terbakar

BELAWAI, 26 Mei: Tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh di sini, terbakar hari ini.

Komander Operasi, Alban Gayan Lembang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.58 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis ke lokasi kejadian.

β€œSetibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan 0.00826 ekar.

β€œPihak bomba bertindak melakukan teknik pemadaman dengan menggunakan tiga aliran hos 400 kaki, tiga nozel dari sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemadaman ditangguhkan pada jam 7 malam ini dan akan disambung pada hari esok. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search