PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gempa bumi Myanmar: WHO gerak misi bantuan

Gempa bumi Myanmar: WHO gerak misi bantuan

ENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggerakkan hab logistik di Dubai bagi menyediakan bekalan perubatan kecederaan dan trauma susulan gempa bumi kuat melanda Myanmar Jumaat lalu.

Jurucakapnya, Margaret Harris berkata, badan kesihatan dunia itu telah mengaktifkan tindak balas pengurusan kecemasan susulan insiden ini dilihat sebagai satu bencara besar yang memberi ancaman serius terhadap kehidupan dan kesihatan penduduk.

“Kami telah mengaktifkan pusat logistik bagi menyalurkan bekalan perubatan kecemasan memandangkan jumlah mangsa cedera akibat gempa bumi ini dijangka tinggi.

“Kami turut menitiberatkan penghantaran bekalan ubat-ubatan penting kerana bimbang sekiranya infrastruktur kesihatan di Myanmar mungkin berdepan kerosakan teruk,” katanya.

 

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan Myanmar dan Thailand hingga meragut lebih 20 nyawa serta merosakkan banggunan dan jambutan.

Gegaran cetek itu berlaku di barat laut Sagaing, Myanmar dan diikuti dengan gegeran susulan bermagnitud 6.4 beberapa minit kemudian.

Di Myanmar, hospital di Naypyidaw menerima ratusan mangsa cedera, dengan pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 20 kematian.

Hospital berdepan kesukaran apabila pintu masuk jabatan kecemasan runtuh dan petugas kesihatan terpaksa merawat pesakit di luar bangunan.

Di Thailand, tiga maut dan 81 lagi masih hilang selepas sebuah bangunan pencakar langit yang sedang dalam pembinaan runtuh berhampiran Pasar Chatuchak, Bangkok.

Tambah Harris, WHO mempunyai pengalaman daripada gemba bumi Turkiye-Syria pada 2023 yang menjadikan mereka lebih arif dan jelas terhadap keperluan bantuan utama perlu dihantar terlebih dahulu.

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search