PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gempa bumi Myanmar: Empangan di Sungai Irrawaddy berisiko runtuh

Gempa bumi Myanmar: Empangan di Sungai Irrawaddy berisiko runtuh

Bernama-dpaBangkok: Palang Merah di Myanmar melaporkan kerosakan teruk susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Jumaatmenurut agensi berita Jerman (dpa).

Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) telah berhubung dengan kakitangan di wilayah terjejas, kata pengurus program IFRC di lokasi, Marie Manrique.

Terdapat kebimbangan besar empangan di Sungai Irrawaddy mungkin mengalami kerosakan dan berisiko pecah.

Menurut Manrique, seramai 18.5 juta orang tinggal di kawasan terjejas berhampiran bandar Sagaing, yang mana dua gempa bumi – masing-masing dianggarkan dengan magnitud 7.7 dan 6.4 – direkodkan pada Jumaat.

Ramai daripada mereka kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.

Menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 1.6 juta daripada 3.5 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Myanmar tinggal di wilayah terjejas gempa.

"Kami sangat bimbang tentang kemungkinan akibat kemanusiaan. "Kami menjangkakan ramai yang cedera," kata Manrique

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search