Jumlah mangsa banjir di Gua Musang makin bertambah
- Admin UKK
- Berita
GUA MUSANG: Jumlah mangsa banjir di jajahan ini semakin bertambah apabila seramai 307 mangsa sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 180 orang setakat pukul 4 petang semalam.
Jurucakap InfoBencanaJKM berkata, setakat pukul 8 pagi kesemua mangsa dari 72 keluarga itu berlindung di tiga buah PPS.
Menurutnya, daripada jumlah itu PPS Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7 menempatkan mangsa paling ramai sebanyak 235 orang.
“Diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1 (41) dan Dewan Orang Ramai Batu 6 (31),” katanya.
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Sokor di Tanah Merah sudah melepasi paras bahaya iaitu 24.49 meter, manakala Kelantan di Kuala Krai serta Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi para amaran.
Selain itu, Sungai Galas di Gua Musang dan Kuala Krai serta Kusial Baru (Tanah Merah) melepasi paras berjaga-jaga.-UTUSAN