PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Pantai Timur dilanda gelombang kedua

Pantai Timur dilanda gelombang kedua

KUALA TERENGGANU: Terengganu, Kelantan dan Pahang dilanda gelombang kedua banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin yang menyaksikan sejumlah 5,223 mangsa daripada 1,263 keluarga dipindahkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di ketiga-tiga negeri.

Setakat pukul 4 petang semalam, Terengganu paling ter­jejas dengan merekodkan se­ramai 4,904 mangsa yang di­pindahkan ke 27 PPS.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, Kemaman merekodkan mangsa tertinggi iaitu 4,608 orang daripada 1,114 keluarga di 20 PPS di daerah itu.

“Di Dungun pula, sebanyak tujuh PPS dibuka untuk me­nempatkan 296 mangsa daripada 67 keluarga petang,” katanya semalam.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan Sungai Tebak di Kemaman melepasi paras bahaya manakala beberapa sungai utama lain telah melimpah berbanding paras amaran.

Sementara itu di Kelantan, gelombang kedua banjir me­nyaksikan 180 penduduk dari 42 keluarga di Gua Musang terjejas kini berlindung di tiga PPS iaitu Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7, Dewan Orang Ramai Batu 6 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search