Mangsa banjir Terengganu meningkat 5,853 orang
- Admin UKK
- Berita
KUALA TERENGGANU : Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 5,853 orang daripada 1,449 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, terdapat 30 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di dua daerah pagi ini.
βDi Kemaman, seramai 5,452 mangsa daripada 1,356 keluarga dipindahkan ke 22 PPS.
βDi Dungun pula, terdapat lapan PPS dibuka untuk 401 mangsa banjir daripada 93 keluarga,β katanya ketika dihubungi hari ini. β UTUSAN
