OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tanah runtuh Sumatera Barat: Kenderaan dinaiki rakyat Malaysia, 7 warga Indonesia hanyut

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan melaporkan perkembangan terkini mengenai seorang rakyat Malaysia yang disahkan hilang selepas terlibat insiden tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat pada 27 November lepas.

Kementerian berkata, maklumat awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa, Asrul Nizam Apridwson, 30, bersama tujuh warga Indonesia dipercayai ahli keluarga telah dihanyutkan oleh tanah runtuh.

Menurutnya, Konsulat Jeneral sedang mengadakan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Empat daripada penumpang warga Indonesia itu telah dikesan, manakala usaha mencari rakyat Malaysia serta tiga lagi warga Indonesia masih diteruskan.

“Ibu bapa mangsa kini berada di Padang dan Konsulat Jeneral sedang menyalurkan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga sepanjang tempoh mereka di sana,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa tiga lagi rakyat Malaysia gagal dihubungi sejak 27 November lalu rentetan kejadian banjir dan tanah runtuh di sana.

Kata kementerian melalui Konsulat Jeneral, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai tiga mangsa tersebut, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berumur antara 63 hingga 64 tahun.

Menurutnya lagi, maklumat awal menunjukkan mereka dipercayai berada di Aceh atau Sumatera Utara.

“Konsulat Jeneral sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan kedudukan mangsa dan memberikan bantuan yang diperlukan.

“Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas seperti Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh dinasihatkan agar berwaspada setiap masa, ikuti perkembangan terkini serta patuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” ujarnya lagi.

Kementerian turut menambah, waris rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dan sukar untuk menghubungi ahli keluarga masing‑masing digalakkan menelefon Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bagi mendapatkan bantuan, memandangkan ramalan cuaca buruk dijangka berterusan di rantau berkenaan.

“Hubungi talian +62 823-6164-6046 yang beroperasi 24 jam atau e-mel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.,” jelas kenyataan itu.

Kementerian dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat dan polis tempatan (Polres Padang Panjang) untuk mendapatkan maklumat terkini.

 

Hat Yai selepas banjir kini sunyi, banyak premis perniagaan dan rumah dipenuhi lumpur

Bukit Kayu Hitam: "Keadaan di Bandar Hat Yai, Thailand kini sunyi, malah banyak premis perniagaan masih ditutup, manakala rumah penduduk masih dipenuhi lumpur, " kata Ahmad Qushairy Ahmad Zaini, 38.

Ahmad Qushairy adalah rakyat Malaysia yang menetap di Hat Yai berkata, dia yang baru pulang ke rumahnya di sana semalam terkejut melihat perubahan yang berlaku akibat banjir sejak 22 November lalu.

Katanya, sebaik sampai di rumah, dia terkejut melihat rumahnya dipenuhi kesan lumpur, manakala sebahagian barangan yang ada di tingkat bawah ditenggelami air.

"Ketika kejadian, saya pulang ke Malaysia tetapi isteri tinggal di Hat Yai dan hanya berlindung di tingkat atas rumah dua tingkatnya di sini.

"Tingkat bawah rumah ditenggelami air dan hanya lagi dua anak tangga air hendak masuk di tingkat atas rumah dan ketika itu isteri hanya berdoa supaya air cepat surut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Qushairy berkata, sepanjang perjalanan dari negara ini hendak pulang ke rumah, dia nampak banyak kenderaan terutama kenderaan Malaysia yang masih terkandas di lokasi banjir akibat tenggelam dalam banjir.

Katanya, ada juga kenderaan terbabit yang dihanyutkan banjir sejauh satu kilometer hingga ke rumahnya disebabkan arus deras.

"Tak dapat saya gambarkan keadaan sekarang kerana ia seolah-olah seperti kesan akibat tsunami.

"Semalam saya pulang untuk mencuci rumah dan mendapati sebuah kereta saya juga rosak ditenggelami air, manakala motosikal juga diselaputi lumpur.

"Saya nak selesaikan cuci rumah terlebih dahulu dan lepas tu baru saya nak ke kedai makan saya tidak jauh dari rumah untuk mencuci di sana pula," katanya.

Ahmad Qusyairi berkata, sehingga semalam, masih ada sukarelawan dari Malaysia yang ada di Hat Yai membantu menghantar bantuan makanan, ubat-ubatan untuk rakyat negara ini yang masih berada di hotel kerana mempunyai urusan.

Katanya, dia tidak dapat menganggarkan kos kerosakan yang berlaku akibat banjir yang menyebabkan rumah, kenderaan serta kedai makannya rosak.

"Kalau nak mulakan semula perniagaan kedai makan mungkin mengambil masa yang lama untuk beroperasi semula kerana banyak barang yang rosak.

"Bandar Hat Yai kini boleh dikunjungi tetapi setakat ini tiada apa yang boleh dilawati kerana semuanya musnah akibat banjir," katanya.

Banjir di lima negeri semakin pulih, jumlah mangsa berkurangan setakat malam ini

Kuala Lumpur: Situasi banjir di Terengganu, Selangor, Kelantan, Perak dan Pahang menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 malam ini.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 287 orang daripada 102 keluarga berbanding 511 orang daripada 178 keluarga, petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan 245 mangsa daripada 92 keluarga masih berlindung dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol dan SK Rengas Bekah, manakala 42 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di SK Paya Resak, Marang.

Di SELANGOR, turut merekodkan penurunan kepada 1,918 orang daripada 543 keluarga berbanding 2,224 orang daripada 613 keluarga, petang tadi.

Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS yang masih beroperasi turut berkurangan kepada 27 berbanding 29 sebelum ini di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.

Jumlah mangsa banjir di KELANTAN turut berkurangan kepada 203 orang daripada 82 keluarga malam ini berbanding 353 orang daripada 129 keluarga petang tadi, dengan kesemua mereka berlindung di PPS Pasir Mas.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 3,684 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di 21 PPS di lima daerah terjejas berbanding 3,837 orang daripada 1,156 keluarga, petang tadi.

Menurut Sekretariat JPBN Perak, daerah Hilir Perak masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,786 orang manakala daerah Bagan Datuk (903), Manjung (506), Perak Tengah (464) serta Larut, Matang dan Selama (25).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 200 orang daripada 52 keluarga berbanding 289 orang daripada 79 keluarga pada petang tadi.

Infobencana JKM memaklumkan 126 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di empat PPS di Bera, manakala 42 mangsa daripada 11 keluarga berada di empat PPS di Temerloh, 25 mangsa daripada enam keluarga di sebuah PPS di Maran dan tujuh mangsa daripada satu keluarga di sebuah PPS di Kuantan.

Sementara itu, di PERLIS, jumlah mangsa meningkat kepada 1,503 orang malam ini berbanding 1,387 orang petang tadi dan ditempatkan di lapan PPS di Padang Besar, Kangar dan Arau, manakala di KEDAH, jumlah mangsa tidak berubah malam ini dengan 219 orang daripada 64 keluarga masih berlindung di dua PPS di daerah Kubang Pasu.

Melaka on high alert for king tide phenomenon from today until Dec 9

MELAKA: Melaka is prepared to face any possibility from the king tide phenomenon, forecast along the state's coastline, from today until Dec 9.

Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh said that all relevant agencies have been mobilised and placed on alert, to address the natural phenomenon.

"To all residents along the coastline, I hope you can remain patient (should any disaster occur) as these weather and natural changes are beyond our control,” he said.

He said this to reporters, after opening the Melaka Syariah Lawyers Commissioning Ceremony, themed ‘Peguam Syarie: Penggerak Keadilan Syariah’ (Syariah Lawyers: Drivers of Syariah Justice), here, Monday (Dec 1).

Also present was Melaka Syariah Chief Judge Azzeman Omar.

At the event, 55 syariah lawyers and eight recipients of special accreditation received their credentials.

Meanwhile, the high-risk areas in the state, expected to be affected by the king tide phenomenon, are Kampung Tanjung Bidara, Kampung Padang Kemunting, Kampung Telok Gong, Kampung Tanjung Dahan, Kampung Pengkalan Balak and Kampung Kuala Linggi.

Other areas include Kampung Pengkalan Rama, Pantai Puteri, Kampung Sebatu, Kampung Pantai Siring, Kampung Padang Temu Pantai, Pantai Kundur, Kampung Pulai, Banda Kaba, Kampung Lereh and Alai Perdana.

It also involves Kampung Permatang, Kampung Umbai and Parit China Pasir. - Bernama

Floods: All relief centres in Negri closed, situation improves in other states

KUALA LUMPUR: Floods in Negri Sembilan have fully receded, while the situation in seven other affected states namely, Perak, Selangor, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang and Kedah, continue to improve as of 4pm.

In NEGRI SEMBILAN, state Civil Defence Force (APM) director Lt Col (PA) Mohd Nazri Mes Kam said that all temporary relief centres were officially closed, starting 10am, after all evacuees were able to return home.

In PERAK, the number of evacuees continued to drop on Monday (Dec 1) afternoon to 3,837 individuals from 1,156 families, who remain housed at 21 relief centres across five affected districts, compared with 4,766 individuals from 1,447 families recorded in the morning.

In SELANGOR, the situation has also shown positive progress, with the number of evacuees at relief centres decreasing to 2,224 people from 613 families as of the afternoon, down from 2,707 people from 752 families in the morning.

According to the Social Welfare Department’s (JKM) InfoBencana portal, one relief centre in the state has been closed, leaving 29 centres still operating across four districts - Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat and Sabak Bernam.

The number of flood victims in PERLIS also continued to decline, dropping to 1,387 people in the afternoon compared with 2,523 victims recorded in the morning.

According to data from the Perlis Disaster Management Committee (JPBN) Secretariat, two relief centres were closed on Monday, while 10 others remain operational in the Padang Besar, Kangar and Arau areas.

In TERENGGANU, the number of evacuees in Kuala Terengganu, Kuala Nerus and Setiu dropped sharply to 511 people from 178 families, compared with 1,752 people from 552 families recorded in the morning.

According to the JKM InfoBencana portal, all relief centres in the districts of Dungun, Kemaman, Marang and Hulu Terengganu have been closed after all victims were allowed to return to their homes.

Meanwhile, in KELANTAN, a total of 353 evacuees from 129 families were accommodated at relief centres in Pasir Mas in the afternoon, compared with 894 victims recorded in the morning.

So far, two fatalities have been recorded due to the floods in Kelantan, including one non-citizen.

In PAHANG, the number of flood evacuees also declined to 289 people from 79 families in the afternoon, compared with 610 people from 206 families reported in the morning.

However, Infopublic Banjir reported that the water level of Sungai Pahang remains above the danger mark at several locations, namely at the railway bridge in Bera (34.97m), Waterfront in Bera (28.51m) and Lubuk Paku in Pekan (19.23m).

Meanwhile, in KEDAH, the number of flood evacuees dropped slightly to 219 people from 64 families as of 4pm, compared with 264 people from 83 families in the morning.

According to the Kedah JPBN, all evacuees from the Kubang Pasu district are currently housed at two relief centres.- Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search