Banjir pulih, semua PPS di Sarawak ditutup
- Admin UKK
- Berita
KUCHING, 4 Jan: Situasi banjir di Sarawak pulih selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), PPS tersebut di Dewan Masyarakat Trusan di Lawas melibatkan 25 mangsa.
Lapan lagi PPS di Dewan Masyarakat Stapok melibatkan 97 mangsa,Β Dewan Kampung Sinar Budi Baru (104 mangsa) dan Dewan Surau Nurul Najihin Stapok (55 mangsa).
Selain itu Dewan Serbaguna Taman Malihah melibatkan 132 mangsa, SJK Chung Hua Sungai Tengah (188 mangsa banjir dan tiga mangsa tanah runtuh), SJK Chung Hua Batu Kawa (211 mangsa), Masjid Darul Istiqlaal (128 mangsa) dan Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu.-TVS
Β
