OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Nadma bracing for second wave of floods

BAGAN DATUK: The National Disaster Management Agency (Nadma) is on alert for the possibility of a second wave of floods, says Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (pic).

The Deputy Prime Minister said preparations have been enhanced following the extraordinary weather phenomenon, including the occurrence of the tropical storm Senyar in the Strait of Malacca, causing previously unaffected areas to be flooded.

Ahmad Zahid, who is also the National Disaster Management Committee chairman, said additional assistance has been arranged and in place so that aid can be disbursed to those affected quickly.

“According to the regulation, three days after the temporary relief centre is closed, compassionate aid is given.

“My instruction is that there is nothing wrong with giving it out when the flood victims are still at the centre.

“I have instructed that, starting today, aid must be provided as the victims urgently need money to buy new household appliances to replace those damaged by floods.

“I know that it is insufficient but the government’s concern is to help them,” he told reporters after attending a briefing on the flood situation here yesterday, Bernama reported.

The Bagan Datuk MP also said they are prepared for the possibility of a second or third wave of floods.

“Nadma held the preparedness (run) in Jerantut last month. We have also coordinated it at the national, state and district levels.”

On his visit to several relief centres, Ahmad Zahid said water could not be distributed to the areas where the centres are located due to a burst pipe.

He has requested the Perak Water Board to send water tankers to affected areas to fill the tanks at the centres so that evacuees have access to water.

Ahmad Zahid thanked all parties involved in helping to resolve flood problems nationwide.

Earlier, he visited the Dewan Umno relief centre before attending the briefing.

Ahmad Zahid then visited the district office hall and Tanah Bagan Datuk relief centres, and surveyed his residence in Kampung Sungai Nipah Darat as well as the Bagan Datuk Youth and Sports Ministry hall relief centre.

9 pekerja cemas selepas terhidu gas toksik

KEMAMAN: Sembilan pekerja sebuah kilang memproses makanan haiwan berdepan detik cemas selepas terhidu gas toksik ketika sedang melakukan kerja–kerja pembersihan tangki kawasan perindustrian biopolymer dekat Kerteh, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.51 petang itu, kesemua mangsa yang berusia 23 hingga 40 tahun baru memulakan operasi kerja penyelenggaraan tangki di kilang tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku selepas salah seorang mangsa dikatakan membuka penutup tangki tersebut menyebabkan berlakunya pelepasan gas amonia dan methyl mercaptan di sekitar kawasan lokasi kejadian.

Akibat dari pelepasan gas toksik tersebut, kesemua mangsa mengalami simptom sesak nafas dan kakitangan kilang yang menyedari kejadian itu telah membawa kesemua mangsa keluar ke kawasan selamat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali ketika dihubungi berkata, Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut.

Menurutnya pasukan HAZMAT telah berjaya mengurangkan penyebaran gas di lokasi kejadian.

Kebocoran gas berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.05 pagi tadi.

Tiga mangsa telah dibenarkan pulang selepas diberi rawatan di Hospital Dungun, manakala enam mangsa lagi masih menerima rawatan di hospital sama dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri terus berkurangan

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa di lapan negeri dilanda banjir di Semenanjung terus mencatatkan penurunan kecuali Pahang yang merekodkan sedikit peningkatan setakat jam 8 pagi ini.

Di PAHANG, jumlah mangsa meningkat kepada 610 orang daripada 206 keluarga berbanding 585 orang daripada 202 keluarga malam tadi dengan Temerloh merekodkan bilangan teramai iaitu 223 orang daripada 77 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS). Daerah lain yang terjejas ialah Lipis, Bera, Jerantut dan Kuantan.

Menurut Infopublic banjir, tiga sungai utama di negeri itu mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Jambatan Kereta api (35.12 meter), Sungai Pahang di Waterfront (28.76 meter) dan Sungai Pahang di Lubuk Paku (19.12 meter).

Tujuh negeri lain terus mencatatkan penurunan termasuk TERENGGANU dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,752 orang daripada 552 keluarga berbanding 2,018 orang daripada 650 keluarga malam tadi.

Berdasarkan InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 50 PPS masih dibuka di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

‎Di SELANGOR, seramai 2,707 individu daripada 752 keluarga masih berada di 30 PPS di Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernama, berbanding 2,789 individu daripada 777 keluarga malam tadi.

‎Di NEGERI SEMBILAN, InfoBencana JKM memaklumkan jumlah mangsa yang ditempatkan di dua PPS di Port Dickson merosot kepada 79 individu membabitkan 44 keluarga berbanding 89 orang daripada 49 keluarga malam tadi.

Situasi banjir di PERAK pula terus menunjukkan tanda pulih apabila jumlah mangsa terus berkurangan kepada 4,766 orang daripada 1,447 keluarga yang masih berlindung di 30 PPS di lima daerah berbanding 4,840 orang daripada 1,486 keluarga malam tadi.

Sementara itu, mangsa banjir di KEDAH terus mencatatkan penurunan kepada 264 orang daripada 83 keluarga berbanding 342 orang daripada 104 keluarga malam tadi dengan kesemua mangsa masih berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pekan dan SK Tunjang.

Di PERLIS, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 12 PPS membabitkan Padang Besar, Kangar dan Arau terus berkurangan daripada 3,009 orang malam tadi kepada 2,523 mangsa pagi ini.

Sementara itu, KELANTAN pula menyaksikan Pasir Mas kekal sebagai satu-satunya jajahan terjejas banjir membabitkan 894 mangsa daripada 305 keluarga yang berlindung di empat PPS.

370 anggota DBKL siap siaga hadapi musibah musim monsun - Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Susulan amaran monsun dan kesan ribut tropika yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meletakkan 370 petugas dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden yang berkemungkinan berlaku di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata sebanyak 15 lokasi tumpuan yang berisiko banjir dikenal pasti dan dipantau secara berterusan sepanjang musim ini.

"Dalam tempoh cuaca yang tidak menentu, kita tidak boleh berkompromi dalam urusan keselamatan rakyat," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau turut menerima taklimat kesiapsiagaan daripada DBKL susulan amaran monsun dan kesan ribut tropika sebelum meninjau dua lokasi berisiko tinggi, iaitu kawasan tanah mendap di Jalan Masjid India dan lokasi tanah runtuh di Taman United.

Tinjauan itu turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Noridah Abdul Rahim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud.

 

"Di Jalan Masjid India, saya meninjau kawasan tanah mendap yang berlaku baru-baru ini. Saya telah mengarahkan DBKL untuk melaksanakan kajian terperinci supaya kejadian seperti ini tidak berulang dan keselamatan kawasan sentiasa terjamin.

"Di Taman United pula, saya meninjau lokasi tanah runtuh yang berlaku ketika hujan lebat dua minggu lepas. Alhamdulillah, tindakan segera telah diambil termasuk pengosongan 52 unit rumah berisiko, dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap sebelum penghujung Disember ini," katanya.

Beliau turut meminta DBKL dan agensi yang berkaitan supaya semua tindakan mesti dilakukan dengan pantas selain melakukan penyelarasan rapi serta komunikasi yang jelas dengan penduduk yang terbabit.

Banjir: 14,040 mangsa di lapan negeri, Perak paling terjejas

KUALA LUMPUR: Seramai 14,040 mangsa banjir daripada 4,518 keluarga dilaporkan masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, setakat jam 7 pagi ini.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 171 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri-negeri berkenaan.

Menerusi rekod itu, JKM menyatakan Perak mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 4,626 mangsa membabitkan 1,412 keluarga dan 30 PPS dibuka.

Ia diikuti Perlis dengan mangsa (3,050), keluarga (1,148) dan PPS (22) manakala di Selangor, mangsa (2,711), keluarga (753) dan PPS (30).

Terengganu mangsa (1,774), keluarga (555) dan PPS (50). Kelantan mangsa (898), keluarga (307) dan PPS (5). Pahang mangsa (601), keluarga (208) dan PPS (18).

Kedah mangsa (303), keluarga (90) dan PPS (14). Negeri Sembilan mangsa (77), keluarga (45) dan PPS (2).

Menurut JKM, seramai 2,101 mangsa banjir adalah warga emas dan 4,745 pula ialah kanak-kanak termasuk 375 bayi. Mangsa Orang Kurang Upaya (OKU) yang terbabit pula seramai 499 orang.

Keadaan cuaca yang bertambah baik di kebanyakan negeri semalam membuatkan banjir semakin surut dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di lapan negeri turun ketara berbanding berbanding 18,731 orang petang semalam.

Sementara itu, rekod daripada Public Infobanjir pula menunjukkan beberapa sungai dan empangan tidak menunjukkan trend perubahan dengan ada antaranya dikesan berada pada trend menaik, dan paras air masih melepasi tahap bahaya, setakat jam 7 pagi ini.

Ia membabitkan Empangan Timah Tasoh (Perlis), Sungai Slim di Slim River dan Sungai Bidor di Changkat Jong (Perak), Pintu Air Ijok (Selangor), Cheng U/S dan Sungai Siput di Kampung Sungai Siput (Melaka), Sungai Paka di Kampung Luit (Terengganu), Sungai Golok di Rantau Panjang (Kelantan).

Aras air di enam negeri iaitu Perlis, Perak, Selangor, Melaka, Pahang dan Terengganu pula berada di tahap bahaya manakala Johor, Kelantan serta Sarawak di paras amaran.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search