Seramai 107 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis terpaksa dipindahkan ke pusat peperiksaan alternatif di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu selepas sekolah terbabit dilanda banjir.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata, semua calon akan menduduki peperiksaan di pusat berkenaan bermula hari ini hingga 15 Disember depan.
Katanya, pemindahan bahan peperiksaan dari bilik kebal JPN Perlis ke bilik kebal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Bendahara turut dilakukan kelmarin dengan pemantauan ketat oleh Lembaga Peperiksaan, JPN Kedah, JPN Perlis serta Suruhajaya Perkhidmatan Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu.
“Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr Habibah Mat Rejab turut hadir bagi memastikan semua proses berkenaan berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Pelantikan petugas peperiksaan yang baharu juga dilaksanakan bagi memastikan kelancaran semua urusan di SBPI Kubang Pasu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, dua pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Darussaadah dan SMK Seri Gunung juga kembali beroperasi di lokasi asal selepas air surut dan cuaca kembali stabil seperti biasa.
Katanya, seramai 89 calon dari SMA Darussaadah dan 62 calon dari SMK Seri Gunung akan mengambil peperiksaan di dua sekolah terbabit bermula hari ini.
Kuala Lumpur: Mangsa banjir di tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Selangor mencatatkan peningkatan pagi semalam manakala situasi di enam negeri lain menunjukkan perkembangan positif apabila lebih ramai pulang ke kediaman masing-masing.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,420 orang daripada 1,917 keluarga berbanding 6,375 daripada 1,973 keluarga yang ditempatkan di 43 PPS di enam daerah malam kelmarin.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,961 orang, Perak Tengah (1,254), Bagan Datuk (861), Larut, Matang dan Selama (66) serta Muallim (16).
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,390 orang (468 keluarga) berbanding 1,272 orang (428 keluarga) malam kelmarin, membabitkan 37 PPS dibuka di enam daerah, iaitu Lipis (531 orang), Kuantan (371), Raub (233), Temerloh (117), Jerantut (75) dan Maran (63).
Sementara itu, Infopublic Banjir pula melaporkan lima sungai utama melebihi paras bahaya, iaitu Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut (53.09m), Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis (62.21 m), Sungai Triang di Jambatan Keretapi, Bera (34.85 m), Sungai Pahang di Waterfront, Bera (28.83 m) dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh (42.56 m).
Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,646 orang (1,042 keluarga) berbanding 3,473 orang (989 keluarga) malam kelmarin.
Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 35 PPS masih beroperasi di lima daerah, iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Klang.
Di TERENGGANU, cuaca yang baik menyaksikan jumlah mangsa menurun kepada 5,856 orang daripada 1,719 keluarga setakat 8 pagi semalam, berbanding 6,521 orang daripada 1,962 keluarga malam kelmarin.
InfoBencana JKM memaklumkan daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu (1,507 orang), Marang (1,162), Kemaman (907 orang), Kuala Nerus (825 orang), Setiu (767 mangsa), Dungun (491 orang) serta Hulu Terengganu (197 orang).
Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di dua stesen iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman dan Sungai Paka di Kampung Luit (F2) melepasi paras bahaya.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 1,850 orang daripada 715 keluarga pagi semalam berbanding 1,974 mangsa malam kelmarin dengan lapan PPS dibuka di tiga jajahan terjejas, iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang.
Selain itu, paras air beberapa sungai utama menunjukkan trend menaik, termasuk Sungai Golok di Rantau Panjang yang berada pada paras 9.70m, melepasi tanda bahaya, Sungai Pergau di Air Bol, Jeli (66.37 meter, amaran) serta Sungai Kelantan di Kuala Krai (22.64 meter, amaran).
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan kepada 1,072 orang (312 keluarga) berbanding 1,817 orang (533 keluarga) malam kelmarin, dengan kesemua mangsa dari Kubang Pasu dan Kota Setar ditempatkan
di 11 PPS.
Sementara itu, laman rasmi Publicinfo Banjir memaklumkan Sungai Bata telah melepasi tahap bahaya, iaitu 10.414 meter (m) manakala Sungai Anak Bukit (2.03m) dan Sungai Kulim (38.025m) melepasi tahap waspada.
Di jumlah mangsa turut menurun kepada 4,266 orang berbanding angka 4,635 malam kelmarin, dengan kesemua mangsa dari Padang Besar, Arau dan Kangar yang ditempatkan di 18 PPS.
PERLIS, Di NEGERI SEMBILAN,
angka terkini mangsa banjir menurun kepada 253 orang (98 keluarga) yang ditempatkan di tiga PPS di Mukim Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Sementara itu, di MELAKA, jumlah mangsa kekal 62 mangsa daripada 16 keluarga seperti malam kelmarin, dengan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, SK Ayer Jernih dan Balai Raya Kampung Seri Jeram.
Rising waters, rising risks
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: With the country being inundated with extreme rain and severe flooding, there is a heightened risk of infectious diseases and complications for those with long-term illnesses.
Leptospirosis spreads through water contaminated with animal urine and can lead to fever, chills, vomiting, diarrhoea and muscle aches.
Cholera, caused by contaminated food or water, may result in severe dehydration within hours if untreated.
Flooded areas also create stagnant pools that accelerate the breeding of aedes mosquitoes, increasing the risk of dengue while long exposure to dirty floodwater can also cause fungal infections and skin inflammation.
Alpro Pharmacy chief pharmacist and director of engagement Lim En Ni said when the water level rose, risks of leptospirosis, cholera, dengue and various skin infections increased significantly due to contaminated water, reduced sanitation and rapid breeding of mosquitoes.
“Patients with chronic diseases such as diabetes, hypertension and heart conditions are at much higher risk if their treatment is disrupted. It is vital that they remain on their medications.
“People should stay alert for symptoms such as fever, diarrhoea, vomiting, headaches, rashes or sudden weakness".
“Flooding also creates unsanitary conditions and can lead to respiratory issues from dust, fungi, mould, while contact with floodwater can cause coughing, asthma, lung allergies, skin infections and illnesses.” Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
“Early action can prevent serious complications. During a disaster, recognising symptoms quickly is extremely important,” said the pharmacist.
Public health expert Dr Sharifa Ezat Wan Puteh said water-borne diseases can transmit through contaminated flood waters leading to a host of diseases such as gastrointestinal illnesses like cholera, typhoid, dysentery and diarrhea.
She said vectors such as mosquitoes and rats too can breed diseases. “These can breed in stagnant water, debris and spread diseases like dengue, leptospirosis and malaria.
“Flooding also creates unsanitary conditions and can lead to respiratory issues from dust, fungi, mould, while contact with floodwater can cause coughing, asthma, lung allergies, skin infections and illnesses,” she said.
Dr Sharifa Ezat said the public should also beware of hazards such as risk of drowning, being struck by electricity or sharp and heavy objects.
“There is risk of hypothermia especially if one is in the water for prolonged periods mainly involving children and elderly folk. This can lead to deaths,” she cautioned.
People may also lack clean water due to contamination with animal faeces or human sewage which can predispose them to gastroenteritis, diarrhoea, vomiting and fever,” she added.
Retired Health Ministry director Datuk Dr Zainal Ariffin Omar said when floodwater mixes with sewage, garbage, and chemicals, it becomes a toxic soup filled with harmful bacteria, viruses and parasites.
“Simply walking through it, or using contaminated water to clean or cook, can make you sick,” he said.
He advised the public to consume boiled water and refrain from using tap water until it is confirmed as safe.
He said good hygiene which includes washing hands regularly, disinfecting the house and protecting feet with waterproof footwear must also be observed.
“If you or a family member develops a fever, severe stomach cramps, diarrhoea or vomiting, do not wait. Go to a clinic or hospital right away,” he said.
In response to the situation, Alpro Pharmacy and Alpro epharmacy are also extending support to affected communities by activating the Life-saving Medication Care Programme.
This initiative, subsidised by the Alpro Foundation, provides a one-time supply of up to seven days of chronic medication at no cost to verified flood victims.
Flood victims who require chronic medication may visit any of Alpro Pharmacy’s 300 outlets nationwide. A police report regarding the flood incident is required for verification.
For those who have misplaced or lost their prescriptions, Alpro epharmacy will provide complimentary online consultation and e-prescription services to facilitate the provision of their medication supply.
For more information on the Life-saving Medication Care Programme or to locate the nearest Alpro Pharmacy, contact Alpro customer care at 013-398 2923 or speak with a professional pharmacist via the Alpro epharmacy Whatsapp hotline at 019-702 1923.
Asia Tenggara dihantui cuaca buruk
- Admin UKK
- Berita
ASIA Tenggara sekali lagi diuji dengan bencana cuaca yang semakin melampau, di mana Vietnam mencatatkan kesan paling teruk, manakala impaknya merebak hingga ke Hatyai, Thailand dan beberapa kawasan di Malaysia.
Tahun 2025 menjadi saksi hujan lebat luar biasa dan banjir besar yang mengancam kehidupan berjuta-juta penduduk di rantau ini.
Sejak beberapa dekad lalu, kajian menunjukkan frekuensi hujan ekstrem dan banjir meningkat di Asia Tenggara.
Laporan rantau 1980 hingga 2022 mendapati banjir dan cuaca ekstrem menjadi bencana paling kerap di rantau ini, dengan bandar-bandar utama di Asia Selatan dan Tenggara mengalami fenomena 'trend basah' paling ketara berbanding wilayah lain di dunia.
Gelombang panas dan cuaca kering luar biasa turut dilaporkan, memperlihatkan kerumitan perubahan iklim yang semakin meningkat.
Sepanjang 2025, Vietnam mengalami hujan luar biasa yang menyebabkan banjir meluas dan tanah runtuh.
Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan, manakala kemusnahan harta benda mencecah tahap kritikal. Di Thailand, terutamanya di Hatyai, ribut monsun dan hujan lebat menenggelamkan bandar serta memaksa pemindahan ribuan penduduk.
Pakar meteorologi menegaskan fenomena cuaca ini bukan sekadar kebetulan. Pemanasan global, peningkatan aras laut dan pola angin yang tidak stabil menyumbang kepada intensiti dan kekerapan bencana.
Kawasan pesisir, delta sungai, dan bandar rendah menjadi hotspot risiko bencana, manakala sistem saliran dan zon rizab banjir yang lemah mempercepat impak kerosakan.
Melihat trend semasa, ramalan untuk hujung 2026 juga tidak membanggakan. Pakar iklim meramalkan fenomena ekstrem seperti banjir besar, gelombang panas dan ribut luar musim akan meningkat, terutama di negara-negara delta dan pesisir seperti Malaysia, Vietnam, dan Thailand.
Sekiranya persediaan mitigasi dan adaptasi tidak diperkukuh, risiko terhadap sektor pertanian, perumahan, kesihatan dan ekonomi akan terus meningkat.
Bagi rakyat, ini bermakna lebih banyak kehilangan tempat tinggal, gangguan bekalan makanan dan air, serta risiko penyakit berkaitan banjir.
Kerajaan dan pihak berkuasa perlu mempercepat tindakan seperti pembinaan sistem saliran mantap, pemulihan hutan bakau, sistem amaran awal dan dasar perubahan iklim bersepadu.
Selain itu, kerjasama serantau juga kritikal kerana cuaca ekstrem tidak mengenal sempadan negara.
Sejarah menunjukkan bahawa Asia Tenggara bukan asing dengan banjir besar. Namun, tahun 2025 menandakan salah satu episod paling mencabar dalam dekad terakhir, dengan rekod hujan ekstrem dan kerosakan meluas yang memberi impak sosial, ekonomi dan psikologi kepada penduduk.
Kota-kota delta sungai seperti Ho Chi Minh, Bangkok dan beberapa bandar di Pantai Timur Malaysia menghadapi risiko paling tinggi, menuntut strategi pemulihan jangka panjang yang lebih holistik.
Jelas bahawa perubahan iklim bukan lagi ancaman masa depan, tetapi realiti kini. Jika 2025 sudah memperlihatkan kesan suram, 2026 bakal berpotensi lebih mencabar kecuali tindakan segera diambil oleh masyarakat dan pihak berkuasa untuk menanganinya.
Tanpa persiapan rapi, harga yang bakal dibayar oleh rakyat dan negara mungkin jauh lebih tinggi. Kesedaran awam, pelaburan infrastruktur, dan kerjasama serantau kini menjadi keperluan mendesak bagi menangani bencana yang semakin ekstrem.