OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pola cuaca ekstrem ancam Asia Tenggara

RANTAU Asia Tenggara diuji dengan cuaca ekstrem sejak dua minggu lalu yang telah menjejaskan Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Pembentukan lekukan yang membawa banjir besar, ribut tropika dan taufan tersebut antara paling aktif melanda Asia Tenggara dalam tempoh 30 tahun dan boleh dikatakan bencana alam kedua terburuk rantau ini dalam era  moden selepas tsunami pada 2004.

Selain kerosakan harta benda dan infrastruktur awam, fenomena alam tersebut turut meragut banyak nyawa.

Ribut Verbena yang merupakan antara paling dahsyat pernah melanda Vietnam meragut lebih 100 nyawa. Banjir besar melanda Selatan Thailand terutama Hatyai yang terburuk dalam tempoh 300 tahun pula telah menyebabkan lebih 150 kematian. Filipina juga menghadapi beberapa siri ribut taufan tidak henti-henti yang setakat ini telah meragut kira-kira 259 nyawa.

Ribut tropika Senyar yang tercetus pada 27 November lalu pula menyebabkan sekurang-kurangnya 336 kematian di Sumatera, Indonesia manakala dua di Malaysia.

Impak cuaca ektrem pada Monsun Timur Laut (MTL) di negara ini juga menyebabkan banjir gelombang pertama yang biasanya hanya melanda Pantai Timur telah merebak ke semua negeri kecuali Johor.

Ancaman lekukan tropika ini tidak berhenti setakat minggu ini malah dijangka berterusan sehingga berakhirnya MTL pada Mac depan termasuk yang sedang bergerak ke barat laut Mukah, Sarawak mulai Ahad lalu.

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, pola cuaca ekstrem yang melanda Asia Tenggara pada masa ini bukan sekadar disebabkan MTL malah kesan perubahan iklim dunia.

Beliau berkata, ribut tropika Senyar misalnya unik kerana buat julung kalinya disebabkan lekukan yang terbentuk di Selat Melaka yang sempit.

“Ia berbeza dengan dua ribut tropika yang pernah melanda negara sebelum ini iaitu Greg dan Vamey masing-masing pada 26 Disember 1996 dan 26 Disember 2001.

“Kedua-dua ribut tropika terdahulu terbentuk disebabkan lekukan sistem tekanan rendah yang bergerak dari Kepulauan Borneo menerusi Laut China Selatan,” katanya kepada Kosmo! .

Jing Xiang berkata, pembentukan banyak lekukan menyebabkan ribut tersebut dipercayai berkait rapat dengan pertembungan fenomena Dipol Lautan Hindi dan La Nina.

Ujarnya, fenomena Dipol Lautan Hindi itu yang berada pada fasa negatif dan peningkatan suhu sebahagian perairan rantau Asia Tenggara disebabkan La Nina telah merangsang pembentukan lekukan.

“Itu hepotesis awal pola cuaca ektrem sedang melanda rantau Asia Tenggara termasuk negara kita pada masa ini.

“Kajian saintifik lanjut perlu dilakukan bagi kita lebih memahami mekanisme fenomena alam ini agar kita lebih bersedia menghadapinya pada masa depan,” katanya.

Jing Xiang berkata, perubahan iklim dunia yang sedang berlaku ini secara tidak langsung telah meningkatkan kemungkinan negara semakin terdedah dengan ancaman ribut tropika pada masa depan.

Beliau menyarankan agensi penyelamat agar membuat persediaan pengendalian ribut tropika daripada pihak berkuasa Filipina dan Vietnam yang lebih berpengalaman dengan ancaman bencana alam tersebut.

 

 

 
 
 
 

 

Bah besar Perlis ‘telan’ Gua Kelam

PADANG BESAR: Banjir besar yang melanda negeri ini menyebabkan jambatan di dalam Gua Kelam 1 terputus, sekali gus menyaksikan lokasi pelancongan tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Gua Kelam antara lokasi terjejas teruk berikutan banjir bermula 23 November lalu yang menyaksikan kawasan sekitar Wang Kelian dan Kaki Bukit turut ditenggelami air dan disifatkan terburuk dalam tempoh 40 tahun.

Selain di dalam gua, kawasan sekitar lokasi gua berkenaan juga terjejas teruk, memerlukan kerja-kerja naik taraf dan dijangka kembali beroperasi Jun tahun depan.

Pengarah Perhutanan negeri, Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata, panjang keseluruhan jambatan di dalam gua adalah 350 meter dan jambatan yang terputus itu membabitkan panjang 100 meter iaitu melibatkan laluan awal.

Katanya, ekoran itu, jambatan di dalam gua sudah tidak boleh dilalui dan memerlukan kerja-kerja naif taraf semula yang dianggarkan menelan belanja RM500,000.

“Situasi yang berlaku di Gua Kelam 1 itu dilihat paling buruk sehingga menyebabkan jambatan di dalam gua terputus. Sebelum ini, jika banjir sekali pun, tidak pernah merosakkan jambatan.

“Paras air ketika banjir baru-baru ini mencecah 10 meter dari muka gua selain arus deras yang melimpah keluar sehingga menenggelam kawasan pelancongan berkenaan.

“Gua Kelam 1 akan ditutup bagi membolehkan kerja-kerja naif taraf dilaksanakan. Pelancong boleh datang ke Gua Kelam 2 bermula cuti sekolah ini memandangkan lokasi berkenaan tidak terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di Gua Kelam 1 mendapati, lokasi berkenaan terjejas teruk dengan kemudahan dan infrastruktur sekitar juga banyak yang musnah.

Malah, struktur laluan pejalan kaki di pintu masuk gua yang pecah, mendap serta jambatan di dalam gua yang terputus menyaksikan ia tidak lagi selamat untuk digunakan.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rusdi Yahya berkata, impak banjir menyebabkan banyak lokasi pelancongan di Perlis terjejas dengan kerja-kerja pembaikan akan dilaksana selepas ini.

“Antara lokasi pelancongan terjejas adalah seperti Gua Kelam, View Point Wang Kelian, Timah Tasoh dan Taman Negeri. Kerajaan negeri juga akan bergerak bersama agensi-agensi berkaitan bagi melakukan kerja-kerja pemulihan di lokasi pelancongan terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dengan jumlah mangsa terus menunjukkan penurunan kepada 1,092 membabitkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi. – UTUSAN

Sarawak dilanda cuaca buruk hingga tengah hari

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Sarawak dijangka bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong di Sarawak, ketika ini.

Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi jabatan. – KOSMO! ONLINE

Anwar vows tighter federal–state synergy to bolster Malaysia’s flood response

KUALA LUMPUR, Dec 3 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has reaffirmed the government’s commitment to strengthening federal-state cooperation to ensure immediate and proactive action in addressing floods and the country’s water management.

In a Facebook post, Anwar said he emphasised this when chairing the seventh National Water Council Meeting yesterday, which serves as the highest platform for coordinating policies and the direction of water management between the federal and state governments.

 

“In reality, dealing with disasters requires strong synergy and firm resolve between the federal and state governments. Therefore, we will continue to strengthen cooperation to formulate comprehensive solutions, including ensuring close monitoring and the immediate implementation of flood mitigation projects,” he said.

Anwar said the meeting also reviewed the current status of floods affecting several states, while expressing appreciation to front-line responders at all levels of government who have been committed to assisting victims.

“…and I take this opportunity to record my highest appreciation to all front-line responders, whether at the federal or state levels, who remain committed to helping the people affected by this disaster,” he said.

According to Anwar, the meeting also received a detailed briefing on the operational status of dams and water resource management nationwide, to ensure that all infrastructure remains at an optimum, safe and resilient level.

“God willing, all decisions agreed upon today will be translated into immediate and proactive actions for the sake of safeguarding the welfare, safety and well-being of the people,” he said. — Bernama 

Pahang couple feared drowned after car plunges into Sungai Rompin

KUANTAN, Dec 3 — A married couple are feared drowned after their vehicle was reported to have skidded and plunged into Sungai Rompin near Kampung Rantau Panjang, Kuala Rompin yesterday.

Rompin District Police chief Supt Sharif Shai Sharif Mondoi said his team received initial information regarding the incident at 5.40pm.

 

“Initial investigation is being carried out and the fire brigade has begun a search at the location of the incident amid the strong river currents,” he said in a statement last night.

Meanwhile, a spokesman for the Pahang Fire and Rescue Department (JBPM) said an emergency call was received at 4.55pm and 10 personnel were deployed to the scene.

He said the search and rescue operation was still being conducted as of 8pm last night. — Bernama 

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search