GURUN – Seramai 24 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau As Saadiah di sini selepas kediaman mereka dilanda banjir pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Kepala Bukit, Kampung Guar Nenas, Kampung Guar Stesen dan Kampung Sungai Bongkok.
“Laporan kejadian banjir di Gurun, dalam daerah Kuala Muda diterima pada pukul 8.30 pagi tadi sebelum PPS Surau As Saadiah dibuka pada pukul 10 pagi,” katanya hari ini.
Sementara itu, sebuah lagi PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Teroi, dalam daerah Yan pada pukul 9.30 pagi tadi, namun jumlah mangsa yang ditempatkan di situ masih dalam proses bancian.
“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang memindahkan penduduk yang terjejas, terutama warga emas dan mereka yang uzur dari Kampung Teroi Bukit serta Kampung Titi Teras ke PPS,” katanya.
Dalam perkembangan sama, anggota APM turut membantu membawa seorang pesakit lelaki yang memerlukan rawatan dialisis selepas laluan keluar dari rumahnya di Kulim, dekat sini terputus akibat jalan ditenggelami banjir. – KOSMO! ONLINE
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Amaran turut melibatkan Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Rompin dan Lipis di Pahang serta Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat di Selangor.
“Di Negeri Sembilan, kawasan yang terjejas ialah Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala Segamat, Mersing dan Kluang di Johor,” katanya.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Tatau dan Sebauh di Bintulu, Song dan Belaga di Kapit, Selangau di Sibu, Lubok Antu di Sri Aman, Betong, Limbang serta Marudi, Telang Usan dan Beluru di Miri.
Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan kawasan Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat, selain Sandakan dan Kinabatangan di Sandakan serta Kota Marudu dan Pitas di Kudat.
MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR – Negara dijangka berdepan Monsun Timur Laut bermula Selasa ini dan akan berterusan sehingga Mac tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, ketika monsun berkenaan, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut.
“Ketika fasa awal Monsun Timur Laut dari November hingga Januari 2027, tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku. Ia boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.
“Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd. Hisham berkata, menjelang fasa akhir Monsun Timur Laut dari Januari hingga Mac 2027, taburan hujan juga dijangka berkurangan terutama di negeri utara Semenanjung dan Sabah.
Katanya, keadaan itu akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba lebih ekstrem berikutan pengaruh fenomena El Niño sangat kuat yang sedang berlaku.
“Orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca yang berlaku semasa Monsun Timur Laut.
“Sentiasa peka kepada maklumat, nasihat ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca media sosial rasmi serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638,” katanya.
Projek tebatan banjir Sungai Maong Kiri bernilai RM100.2 juta kurangkan risiko banjir
- Admin UKK
- Berita
KUCHING, 22 Okt: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Maong Kiri bernilai RM100.2 juta merangkumi penambahbaikan sistem saliran, pelebaran dan pendalaman sungai serta pembinaan kolam takungan bagi mengurangkan risiko banjir di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pelbagai intervensi dirancang di sepanjang jajaran sungai membabitkan kawasan lapangan terbang, Jalan Hui Sing, Timberland, Podium hingga Stapok.
“Projek ini sangat penting kerana ia melibatkan beberapa kilometer sungai. Bagaimanapun, intervensi dilaksanakan di kawasan tertentu dan bukan di sepanjang keseluruhan sungai kerana ia memerlukan peruntukan yang besar.
“Kita melaksanakan intervensi bagi memastikan masalah di kawasan setempat dapat ditangani terlebih dahulu,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran Projek RTB Sungai Maong Kiri di Taman Timberland, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembinaan kolam takungan penting bagi menampung lebihan air ketika hujan lebat, terutama apabila paras sungai meningkat sehingga menghalang aliran air dari saliran sekitarnya.
“Ketika hujan lebat, air tidak dapat mengalir masuk ke sungai apabila parasnya sudah tinggi. Justeru, kolam takungan itu akan menampung air buat sementara waktu.
“Kolam itu dikenali sebagai kolam takungan kering kerana kebanyakan masa ia berada dalam keadaan kering dan hanya menampung lebihan air,” katanya.
Dr Sim berkata, kawasan kolam takungan itu juga berpotensi dimanfaatkan oleh komuniti setempat sebagai ruang rekreasi ketika tidak digunakan untuk menampung lebihan air, tertakluk kepada kesesuaian kemudahan yang disediakan.
Beliau berkata, projek itu dijangka mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan berikutan kewujudan pelbagai utiliti bawah tanah, termasuk kabel dan paip air, yang memerlukan perancangan teliti sepanjang tempoh pembinaan.
Projek yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak itu bernilai RM100,215,312.30 dan dijadualkan bermula pada 15 September 2026 serta siap pada 14 Mac 2029.
Skop kerja merangkumi penambahbaikan 11 saliran sepanjang kira-kira 3,090 meter, perlindungan tebing sungai sepanjang 86 meter, pembinaan kolam takungan serta perobohan lima jambatan yang tidak lagi digunakan dan menghalang aliran sungai.