MIRI (July 15): The implementation of drainage and irrigation improvement works cannot be rushed as they must follow proper procedures, said Minister for Transport Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.
Lee pointed out that multiple stages are involved, including planning, applying for funding, and engaging consultants.
“All these projects take time ― from planning to securing funds, up to awarding the tenders to contractors. We cannot take shortcuts. Consultants must be appointed to conduct studies, surveys, and to draft plans.
“The Department of Irrigation and Drainage (DID) must then submit these plans to the State Planning Authority (SPA) for approval before proceeding with project design and tender,” he told reporters during a site visit to the proposed drainage works at Taman Lopeng here yesterday.
As such, Lee urged residents to understand the situation and not assume that the authorities are ignoring flood issues in their area.
He said DID Miri has drawn up plans for a major drainage upgrade project covering areas from Taman Tunku to Padang Kerbau.
“The RM50-million project has been in the pipeline for nearly three years and funding for its implementation has been approved,” he said.
The project, slated to commence by the end of this year, aims to mitigate flood in low-lying and flood-prone zones from Taman Tunku to Padang Kerbau.
Lee added that this is one of two major drainage projects approved for his constituency.
“The other involves areas in Senadin and Lutong with a project value of RM45 million,” he added.
On the maintenance of an earth drain stretching two kilometres in Pujut Padang Kerbau, Lee said the flood drain discharges into Sungai Dalam.
According to him, RM75,000 has been allocated for cleaning works, which commenced last week and are expected to be completed within two weeks.
Also present was Miri DID engineer Daniel Chen.
Pendaki cemas Gunung Kinabalu ‘banjir’
- Admin UKK
- Berita
RANAU: Pendaki Gunung Kinabalu berdepan detik mencemaskan berikutan air mengalir deras dari puncak gunung di sepanjang laluan ketika melakukan pendakian awal pagi ini disebabkan hujan lebat dalam kejadian pagi hari ini.
Menerusi perkongsian di beberapa malim gunung memaklumkan cuaca berubah mendadak sejak awal pagi, menyebabkan laluan menjadi licin dan berair terutama di kawasan berbatu dan berhampiran anak sungai.
Menurut mereka, keadaan seperti ini bukan luar biasa namun tetap berisiko tinggi setiap kali hujan lebat berlaku. “Laluan boleh menjadi sangat licin, malah aliran air yang deras dari puncak boleh mengancam keselamatan pendaki.
“Kami sentiasa ingatkan pendaki supaya berhenti dan berteduh jika keadaan berbahaya. Jangan ambil risiko mendaki sendirian atau tanpa malim gunung,” kata seorang malim gunung yang bertugas.
Pihak Taman-Taman Sabah (TTS) turut mengeluarkan peringatan supaya semua pendaki mematuhi arahan keselamatan serta tidak meneruskan pendakian tanpa pengawasan.
Pendaki juga dinasihatkan membawa pakaian hujan dan kelengkapan asas keselamatan setiap kali mendaki.
Sejak pagi hari ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan keadaan mencemaskan termasuk insiden seorang pendaki tergelincir akibat aliran deras, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Setakat tengah hari ini, tiada insiden tidak diingini berlaku dan pemantauan masih diteruskan oleh petugas TTS bersama malim gunung bagi memastikan keselamatan pendaki yang berada di laluan.
Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter terus menjadi tumpuan pendaki dari dalam dan luar negara, namun faktor cuaca kekal menjadi elemen penting dalam menentukan kelancaran pendakian.
Heavy downpours on Mt Kinabalu strand dozens, as MetMalaysia issues thunderstorm warnings
- Admin UKK
- Berita
KOTA KINABALU: Dozens of climbers were temporarily stranded, while others had to brave strong torrents of water flowing down Mount Kinabalu following heavy downpours early Thursday (July 10).
Those who had reached the summit earlier were forced to navigate river-like currents during their descent. Meanwhile, climbers who began their ascent later from the Panalaban hut were stopped at the Sayat-Sayat checkpoint as the rain showed no signs of letting up.
Those descending from the summit eventually made it safely to the Laban Rata resthouse by around 6am. Climbers typically begin their ascent to the peak at around 2am.
Viral videos shared online showed several groups of climbers clinging to ropes and moving in single file at about 5am, with rainwater streaming down the trail beneath their feet. Each group was guided from the front and rear by mountain guides to ensure safe footing.
Thunderstorm warnings for various parts of Sabah had been issued as early as 1.50am on Thursday.
A specific alert for areas including Kota Belud, which is adjacent to Kundasang where Mount Kinabalu is located, was posted on the MetMalaysia social media page at 3am.
JKR, Bomba diminta jalankan siasatan terperinci kebakaran pejabat SMAP Kajang - Fadhlina
- Admin UKK
- Berita
PUTRAJAYA: Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diminta untuk menjalankan siasatan terperinci kes kebakaran yang berlaku di unit pejabat Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor, awal pagi tadi.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ini kerana isu yang membabitkan keselamatan sekolah adalah suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan.
“Kita sangat prihatin soal keselamatan. Kebakaran ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja melibatkan keselamatan, tetapi juga suasana kondusif yang diperlukan untuk anak-anak meneruskan pengajian,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2021/2022, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka serta Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.
“Kita bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua pentadbir sekolah diingatkan untuk memastikan persekitaran sekolah mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Media hari ini melaporkan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kebakaran di unit pejabat SMAP Kajang itu berlaku pada 1.18 pagi membabitkan kemusnahan hampir 95 peratus.
IPOH - Seramai 37 pegawai dan anggota bomba mengambil masa lebih empat jam untuk memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kilang aiskrim di Jalan Kilang 2, Kawasan Perindustrian Jelapang di sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung kebakaran kilang seluas 1,486 meter persegi itu diterima pada jam 12 tengah malam.
Menurut beliau, sebanyak lapan jentera dari beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampiran telah digerakkan bagi memadam kebakaran tersebut.
"Setibanya di lokasi, operasi pemadaman dipecahkan kepada tiga bahagian yang mana bahagian belakang kilang melibatkan pasukan dari BBP Ipoh dan Meru Raya manakala bahagian hadapan dikawal anggota BBP Pasir Puteh.
"Operasi ini turut dibantu 46 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Pekan Baru, Pasir Pinji, Menglembu dan Bercham yang melakukan pemadaman di bahagian tepi kawasan kilang," katanya di sini pada Khamis.
Sabarodzi berkata, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut digerakkan selepas dimaklumkan terdapat dua tangki ammonia dalam kilang tersebut.
"Kerja-kerja pengesanan dilakukan dan terdapat kebocoran sisa gas ammonia daripada peralatan penyejukbekuan di kilang ini. "Situasi terkini masih terkawal dan saluran injap utama dari tangki simpanan ammonia yang berjumlah 800 liter telah berjaya ditutup.
"Pemantauan berkala kadar pencemaran bahan berbahaya tersebut masih dilakukan," katanya.
Jelas beliau, kebakaran tersebut telah memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur kilang membabitkan stor penyimpanan aiskrim serta perkakasan pembuatan dan pembungkusan.
"Api berjaya dipadamkan dan pasukan kini melakukan kerja-kerja pemunggaran bagi memadamkan sisa bara kebakaran di bawah runtuhan.
"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya.