OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐™๐™๐˜ผ๐™„๐™‰ ๐™Š๐™ ๐™๐™๐˜ผ๐™„๐™‰๐™€๐™๐™Ž (๐™๐™Š๐™) ๐™Ž๐™„๐™๐™„ ๐™†๐™€๐˜ฟ๐™๐˜ผ: ๐™Ž๐™ˆ๐˜ผ๐™๐™ ๐™๐™€๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐™Š๐™ ๐˜ฟ๐™€๐™‹๐˜ผ๐™๐™๐™ˆ๐™€๐™‰๐™ ๐™Š๐™ ๐˜ฟ๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™Ž๐™๐™€๐™ ๐™‹๐™๐™€๐™‘๐™€๐™‰๐™๐™„๐™Š๐™‰ ๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ ๐™ˆ๐™„๐™๐™„๐™‚๐˜ผ๐™๐™„๐™Š๐™‰ (๐˜ฟ๐˜ฟ๐™‹๐™ˆ) ๐™Š๐™๐™๐™„๐˜พ๐™€๐™๐™Ž ๐™Š๐™‰ ๐™€๐™ˆ๐™€๐™๐™‚๐™€๐™‰๐˜พ๐™” ๐™๐™€๐™Ž๐™‹๐™Š๐™‰๐™Ž๐™€ ๐™๐™ƒ๐˜ผ๐™„๐™‡๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ | ๐Ÿ—-๐Ÿ๐Ÿ’ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ Pusat Latihan DDPM, Pathum Thani, Bangkok, Thailand
ย 
Insp. Abdullah Ahmad Sobri sekali lagi mengetuai Pasukan SMART bersama-sama 12 orang ๐˜š๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต ๐˜”๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ด (๐˜š๐˜”๐˜Œ)sebagai Jurulatih kepada Pasukan DDPM Thailand dari seluruh wilayah Thailand.
ย 
Kursus Kejurulatihan ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด (๐˜›๐˜ฐ๐˜›) ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜”๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜‹๐˜‹๐˜—๐˜”) ๐˜–๐˜ง๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜บ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฆ ini dihadiri seramai 48 peserta bertempat di Pusat Latihan DDPM, Pathum Thani.
ย 
Pasukan SMART memainkan peranan penting dalam memberikan latihan yang intensif kepada peserta dengan kepakaran khusus dalam bidang Urban Search and Rescue (USAR).
ย 
Antara perkongsian Pasukan SME SMART kepada para peserta kursus adalah seperti ๐˜‰๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜‰๐˜ฐ๐˜–) ๐˜š๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฑ, ๐˜™๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ, ๐˜Š๐˜ถ๐˜ต๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜‰๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜š๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜”๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ด๐˜ฆ ๐˜š๐˜ต๐˜ณ๐˜ถ๐˜ค๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ.
ย 
Selaku jurulatih SME di dalam kursus ini, Pasukan SMART diberi penghargaan oleh Ketua Pengarah DDPM Thailand, Mr. Teerapat Kutchamath yang hadir semasa majlis perasmian penutupan.
ย 
Program seperti ini merupakan pertama kali dibuat di antara Pasukan SMART dengan Pasukan DDPM. Diharapkan kerjasama antara Malaysia dan Thailand akan berterusan sekali gus meningkatkan kapasiti dan kesiapsiagaan para penyelamat kedua-dua negara sebelum, semasa dan selepas dalam bencana.
Previous Next

๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐–๐€๐ (๐Ž๐๐€) ๐™๐Ž๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€: ๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Œ๐„๐๐€๐๐†๐€๐๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐”๐’๐”๐“๐€๐ ๐๐€๐‘๐€๐’ ๐€๐ˆ๐‘ ๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐
ย 
โ€‹Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang giat melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membantu menangani kesan cuaca panas dan penyusutan paras air di empangan-empangan utama.
ย 
โ€‹Bagi Zon Utara, operasi yang dilaksanakan semalam (13 Februari) dan diteruskan pada hari ini (14 Februari) memfokuskan kepada kawasan tadahan hujan di lokasi-lokasi strategik berikut:
ย 
โ€‹๐Ÿ“ Negeri Kedah:
โ€‹Empangan Pedu: Berfungsi sebagai nadi utama pengairan padi dan bekalan domestik/industri.
ย 
โ€‹Empangan Muda: Bertindak sebagai empangan pengimbang di mana air takungannya disalurkan ke Empangan Pedu melalui Terowong Saiong.
ย 
โ€‹Empangan Ahning: Antara empangan utama bagi pelepasan air untuk kegunaan domestik dan industri.
ย 
โ€‹๐Ÿ“ Negeri Perak:
โ€‹Empangan Bukit Merah: Kawasan sasaran penting bagi memastikan kestabilan pengairan padi di utara Perak.
ย 
Empangan Temenggor : Berfungsi sebagai penjana kuasa hidroelektrik dan kawasan tadahan air bagi membekalkan air minuman domestik serta kepada sektor pertanian dan pengairan di kawasan hilir, khususnya di daerah Perak Tengah.
ย 
โ€‹Operasi ini menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang.
โ€‹Semoga usaha bersepadu ini dapat membantu memulihkan simpanan air demi kesejahteraan rakyat, khususnya bagi sektor pertanian dan kegunaan domestik .
Previous Next

๐™’๐™Š๐™๐™†๐™Ž๐™ƒ๐™Š๐™‹ ๐™Š๐™‰ ๐™Ž๐™๐™๐˜ผ๐™๐™€๐™‚๐™„๐™€๐™Ž ๐™๐™Š๐™ ๐™๐™ƒ๐™€ ๐™€๐™“๐˜ผ๐™ˆ๐™„๐™‰๐˜ผ๐™๐™„๐™Š๐™‰ ๐™Š๐™ ๐˜ฝ๐™„๐™Š ๐˜พ๐™Š๐™‰๐™๐˜ผ๐™ˆ๐™„๐™‰๐˜ผ๐™๐™€๐˜ฟ ๐™€๐™‘๐™„๐˜ฟ๐™€๐™‰๐˜พ๐™€ (๐˜ฝ๐˜พ๐™€๐™€) ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐Ž๐‹ | ๐Ÿ—โ€“๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ Hilton Hotel Kuala Lumpur
ย 
Empat orang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) iaitu DCP Datuk Mazli Mazlan, Encik Muhammad Ridzuan Zawawi, Lt. Col. Dr. Ajantha Segarmurthy dan Supt. Muhammad Rozhan Rosli telah menghadiri ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฑ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜š๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜Œ๐˜น๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜‰๐˜ช๐˜ฐ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜Œ๐˜ท๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ (๐˜‰๐˜Š๐˜Œ๐˜Œ).
ย 
Bengkel anjuran INTERPOL ini berlangsung selama 4 hari di Hilton Hotel Kuala Lumpur.
ย 
Bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana khususnya ancaman biologi. Perbincangan turut memberi penekanan kepada cabaran serta strategi pengujian bahan bukti di lokasi kejadian dan makmal, selain menyentuh aspek perundangan, logistik dan teknikal yang berkaitan.
ย 
Selain sesi ceramah dan forum, para peserta bengkel turut dibawa melawat ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, serta Animal Experimental Unit dan Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Lawatan ini memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami keupayaan analitikal, diagnostik dan peranan institusi dalam penyiasatan wabak serta penyelidikan berkaitan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
ย 
NADMA turut berkongsi mengenai mekanisme pengurusan bencana negara berpandukan Arahan NADMA No. 1, khususnya dalam konteks Bencana Industri dan CBRNE.
ย 
Pelbagai agensi kerajaan termasuk PDRM, KKM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia, Jabatan Veterinar, STRIDE, MIR serta wakil dari Universiti Malaya merupakan peserta bengkel ini.
Previous Next

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐‘๐†๐„๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ (๐‘๐€๐๐ƒ๐„๐—) | ๐Œ๐ˆ๐’๐ˆ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐€๐ˆ๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐ˆ๐Œ๐๐€๐๐† ๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐Œ | ๐Ÿ๐Ÿ & ๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“Simpang Renggam, Johor
ย 
Rakan NADMA melalui inisiatif ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ˆ ๐˜๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜Ž๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ (๐˜™๐˜ˆ๐˜•๐˜‹๐˜Œ๐˜Ÿ) telah melaksanakan Misi Bantuan Air Bersih di Simpang Renggam pada 11 dan 12 Februari 2026.
ย 
Seramai 15 orang sukarelawan telah digerakkan bagi mengagihkan 190 karton air mineral kepada golongan amat memerlukan termasuk OKU, warga emas, pesakit terlantar, pesakit kanser serta rumah kebajikan yang terjejas akibat catuan air Zon A dan Zon B.
ย 
Gerakan ini adalah respons segera terhadap gangguan bekalan air bersih susulan kemarau yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air sehingga hanya berbaki 34% kapasiti.
ย 
Agihan dilaksanakan di beberapa hotspot utama, termasuk Kampung Paya Mas, Tiara Perdana serta Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah.
ย 
Koordinasi misi di lapangan telah diketuai oleh MRA Johor sebagai Ketua Penyelaras jelas menunjukkan kerjasama bersepadu Rakan NADMA dalam memastikan bantuan asas disampaikan secara pantas, tersusun dan berkesan kepada komuniti terjejas.
Previous Next

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐™Ž๐™๐˜ผ๐™๐™€ ๐˜ฟ๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™Ž๐™๐™€๐™ ๐˜พ๐™Š๐™ˆ๐™ˆ๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ ๐˜พ๐™€๐™‰๐™๐™๐™€ (๐™Ž๐˜ฟ๐˜พ๐˜พ) ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€NA๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐”๐’๐€๐“ ๐๐„๐Œ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Š๐€๐‹ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ (๐๐๐Š๐) | ๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ KUCHING, SARAWAK
ย 
Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), Tuan Haji Hussain Moh bersama Tuan Abang Ahmad Julai, Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak telah membuat tinjauan pengoperasian Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Sarawak pada 12 Februari 2026. SDCC ini telah siap dinaik taraf pada Disember 2025 dan kini digunakan sepenuhnya sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) setiap kali bencana melanda.
ย 
Kerajaan Negeri Sarawak telah menaik taraf bilik mesyuarat di Bangunan Wisma Bapa Malaysia untuk dijadikan pusat kawalan yang moden, sistematik dan berfungsi tinggi menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh NADMA sebanyak RM750 ribu.
ย 
TKP (Pasca Bencana) juga mendapat taklimat daripada JKR Bahagian Kuching mengenai status semasa kemajuan projek rintis PPKB SK Beradek, Kuching. Tarikh siap semasa projek ini dijangka pada 20 Mei 2026 dan boleh digunakan semasa musim MTL 2026/2027.
Sesi lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai SUK Sarawak, APM, JKR Sarawak dan JKM Sarawak jelas mencerminkan kerjasama erat merentas agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan pengurusan bencana Negeri Sarawak.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search