OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 πŒπ€ππ†π’π€ (𝐏𝐏𝐌)πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ (𝐉𝐏𝐁𝐍) ππ„π‘π‹πˆπ’ | 𝟏𝟎-𝟏𝟏 π…π„ππ‘π”π€π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
NADMA dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis telah mengambil inisiatif membuka Pusat Pendaftaran Mangsa (PPM) Negeri berskala besar di Dewan Warisan, Kangar pada 10 dan 11 Februari 2026 bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang tercicir atau tidak sempat hadir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk membuat permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) semasa kejadian bencana banjir yang berlaku pada hujung tahun lalu.
Β 
Seramai lebih 4,000 mangsa di Perlis termasuk dari Kodiang, Kedah telah hadir membanjiri PPM yang dibuka seawal jam 8.00 pagi bagi menyelesaikan urusan pendaftaran dan semakan bantuan.
Β 
Kaunter NADMA dan BSN turut dibuka bagi menyemak dan memastikan pemohon yang telah lulus dan berstatus tunai/ gagal kredit dapat terus dibayar pada hari yang sama.
Β 
Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 menyaksikan negeri Perlis adalah negeri yang paling terkesan banjir di Malaysia dengan 14.05% daripada keseluruhan populasi negeri terjejas, melibatkan 14,299 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 40,013 mangsa. Angka ini menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 6,870.9% berbanding MTL sebelumnya, yang hanya merekodkan 161 KIR dan 574 mangsa satu lonjakan luar jangka yang menuntut tindakan luar kebiasaan.
Β 
Β 
Previous Next

πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π€π–π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŠπŽπŒππ„π“π„ππ’πˆ π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† ππ€π†πˆ π‹π€ππ“πˆπŠπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π˜Ύπ™Šπ™‰π™π™π˜Όπ˜Ύπ™ π™Šπ™ π™Žπ™€π™π™‘π™„π˜Ύπ™€ (π˜Ύπ™Šπ™Ž), ππ€πƒπŒπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ’-πŸ” π…π„ππ‘π”π€π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
πŸ“ Pacific Regency Beach Resort, Negeri Sembilan
Β 
NADMA komited untuk membangunkan modal insan berkualiti dengan menganjurkan Kursus Asas Perkhidmatan Awam dan Pembangunan Kompetensi Cemerlang kepada pegawai dan penolong pegawai lantikan Contract of Service (COS) NADMA Tahun 2026.
Β 
Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini memberi fokus kepada elemen pemerkasaan kompetensi warga kerja supaya lebih bermotivasi, berdaya saing dan pro aktif.
Β 
Kursus ini dirasmikan oleh Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana). Pengisian di dalam kursus ini adalah memberi penekanan kepada tiga teras utama iaitu:
Β 
βœ… Pembangunan Deskripsi Tugas
βœ… Integriti dan Etika Perkhidmatan Awam dan Tatakelakuan dan Larangan Pegawai Awam
βœ… Mengurus Emosi dan Tekanan Secara Profesional
Β 
Diharapkan impak daripada pengisian dalam kursus ini boleh membina dan mengukuhkan jati diri warga kerja NADMA khususnya kepada lantikan COS supaya berkhidmat dengan profesionalisme, berintegriti serta pro aktif dalam mendepani apa jua cabaran pengurusan bencana yang semakin kompleks.
Β 
Β 
Previous Next

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN NADMA | 10 FEBRUARI 2026Β 
Β 
πŸ“Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Β 
Sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam memperkukuh pengurusan dan penyelarasan pergerakan Rakan NADMA sepanjang Monsun Timur Laut 2025/2025, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan NADMA yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana).
Β 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 60 orang wakil Rakan NADMA merangkumi NGO, institusi akademia dan sektor korporat.
Β 
Antara fokus utama mesyuarat adalah pembentangan Pelaporan Pergerakan Rakan NADMA sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) serta perbincangan cadangan program-program Rakan NADMA bagi tahun 2026.
Β 
Tindakan ini selaras dengan hasrat NADMA supaya sesi libat urus bersama Rakan NADMA diadakan secara berterusan bagi mendapatkan pandangan, idea dan penambahbaikan daripada semua rakan strategik.
Β 
Β 
Previous Next

MAJLIS PENYERAHAN BARANGAN SUMBANGAN TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) SEBAGAI SOKONGAN INISIATIF BENCANA | 9 FEBRUARI 2026

πŸ“Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Sungai Buloh,Selangor
Β 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menerima 1,500 unit 𝘊𝘰𝘭𝘭𝘒𝘱𝘴π˜ͺ𝘣𝘭𝘦 𝘊𝘢𝘣π˜ͺ𝘀𝘭𝘦 π˜›π˜¦π˜―π˜΅ (C-Tent) hasil sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Sungai Buloh, Selangor.
Β 
Sumbangan bernilai kira-kira RM444,000 ini mencerminkan komitmen berterusan TNB melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Β 
Sebagai langkah kesiapsiagaan awal, kesemua C-Tent ini ditempatkan sementara di Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN), Sungai Buloh, sebelum diagihkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan agensi berkaitan mengikut keperluan operasi semasa.
Β 
Majlis penyerahan ini disempurnakan dengan kehadiran Ir. Mohd Azmer Md Zainol, Senior Manager (Corporate Responsibility) TNB. NADMA pula diwakili oleh Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) bersama Encik Mohd Khairi Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Razif Ismail, Timbalan Pengarah (Logistik) DSP.
Β 
Kerjasama strategik ini membuktikan bahawa kesiapsiagaan bencana adalah tanggungjawab bersama demi kesejahteraan mangsa bencana.
Previous Next

BENGKEL LIBAT URUS PENYELARASAN PELAN TINDAKAN DASAR PENGURANGAN RISIKO BENCANA NEGARA (DRR) | 6–8 FEBRUARI 2026

πŸ“Noble Resort Hotel , Melaka
Β 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Libat Urus Penyelarasan Pelan Tindakan DRR selama 3 hari untuk mengumpul maklum balas, input dan cadangan teknikal bagi penyediaan Pelan Tindakan DRR.
Β 
Seramai 59 peserta yang terdiri daripada wakil Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah mengambil bahagian dan memperincikan senarai inisiatif, aktiviti dan sasaran khusus berpandukan lima (5) Teras Strategik Dasar bagi mencapai enam (6) Sasaran Utama DRR menjelang tahun 2030.
Β 
Bengkel ini turut membincang dan menyelaras peranan dan tanggungjawab Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan serta Kerajaan Negeri supaya lebih jelas fungsi, peranan dan bidang kuasa masing-masing.
Β 
Penyediaan Pelan Tindakan DRR sebagai _living document yang komprehensif dan berimpak tinggi ini jelas menunjukkan sokong penuh semua pihak kepada usaha Kerajaan baik di peringkat pusat, negeri dan daerah. Usaha ini selaras dengan Kerangka Kerja Sendai bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015–2030 di peringkat global.
Β 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search