𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞-𝟏𝟏 𝘼𝙎𝙀𝘼𝙉 𝘾𝙤𝙢𝙢𝙞𝙩𝙩𝙚𝙚 𝙤𝙣 𝘿𝙞𝙨𝙖𝙨𝙩𝙚𝙧 𝙈𝙖𝙣𝙖𝙜𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 (𝘼𝘾𝘿𝙈) 𝙒𝙤𝙧𝙠𝙞𝙣𝙜 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥 𝙤𝙣 𝙋𝙧𝙚𝙥𝙖𝙧𝙚𝙙𝙣𝙚𝙨𝙨, 𝙍𝙚𝙨𝙥𝙤𝙣𝙨𝙚 𝙖𝙣𝙙 𝙍𝙚𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧𝙮 (𝙒𝙂 𝙤𝙣 𝙋𝙍𝙍)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘕𝘋𝘔𝘖) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu NDMO dari 11 negara anggota ASEAN serta Sekretariat ASEAN dan AHA Centre. Turut hadir adalah wakil-wakil dari WFP dan UNDP bagi pembentangan ketika sesi terbuka.
Mesyuarat ACDM WG on PRR ini memberikan panduan strategik dalam pelaksanaan dan pemantauan hasil serta aktiviti Program Kerja AADMER 2026-2030 di bawah Program Utama 3; Kesiapsiagaan dan Tindak Balas dan Program Utama 4; Pemulihan, serta inisiatif lain yang berkaitan di ASEAN.
Mesyuarat ini juga membincangkan penambahbaikan kedua-dua program bagi pelaksanaan yang lebih realistik dan komprehensif serta ruang dan peluang kerjasama secara global dalam kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan dalam pengurusan bencana secara berterusan.
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐁𝐒𝐃 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 & 𝐑𝐈𝐓𝐒𝐔𝐌𝐄𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 , 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐁𝐒𝐃 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 & 𝐑𝐈𝐓𝐒𝐔𝐌𝐄𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 , 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈 | 𝟐𝟓 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah menerima lawatan rasmi delegasi pensyarah daripada Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama wakil dari Ritsumeikan University, Jepun.
Lawatan delegasi ini juga dibuat kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MYCEDM) dan seterusnya ke tapak simulasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi berkenaan keupayaan dan kepakaran SMART dalam pengendalian operasi menyelamat, khususnya melalui modul 𝘜𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 (𝘜𝘚𝘈𝘙) melibatkan operasi menyelamat runtuhan bangunan.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan teknikal antara institusi pengajian tinggi serta agensi penyelamat, khususnya dalam bidang pengurusan risiko bencana.
𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝘾𝙇𝘼𝙎𝙎𝙄𝙁𝙄𝙀𝙍 𝙐𝙎𝘼𝙍 𝙄𝙉𝙎𝘼𝙍𝘼𝙂 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐄𝐋𝐈𝐓 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝘾𝙇𝘼𝙎𝙎𝙄𝙁𝙄𝙀𝙍 𝙐𝙎𝘼𝙍 𝙄𝙉𝙎𝘼𝙍𝘼𝙂 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐄𝐋𝐈𝐓 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 | 𝟖 – 𝟏𝟔 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Kepakaran Pasukan SMART sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila salah seorang anggotanya, Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris, dijemput sebagai 𝘊𝘭𝘢𝘴𝘴𝘪𝘧𝘪𝘦𝘳 (𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩) bagi penilaian 𝘐𝘕𝘚𝘈𝘙𝘈𝘎 𝘌𝘹𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘐𝘌𝘙) untuk Pasukan UAE01 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Penugasan rasmi bermula dari 8 hingga 16 Februari 2026 itu merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja kepada Pasukan SMART, malah mengangkat reputasi Malaysia dalam komuniti operasi 𝘜𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 (𝘜𝘚𝘈𝘙) global. Peranan sebagai classifier menuntut kepakaran teknikal tinggi bagi menilai tahap kesiapsiagaan serta keupayaan operasi pasukan penyelamat antarabangsa berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dalam penilaian tersebut, beliau bergandingan bersama barisan panel penilai elit dunia melibatkan pakar USAR dari Australia, Austria, Jerman, Switzerland, Jordan, Oman, Rusia dan Belarus. Gandingan ini jelas mencerminkan tahap profesionalisme serta kredibiliti tinggi yang dimiliki anggota penyelamat Malaysia.
Penglibatan ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pasukan penyelamat antarabangsa, malah membuktikan bahawa kepakaran Pasukan SMART kini berada sebaris dengan negara-negara maju dalam aspek teknikal dan pengoperasian misi mencari dan menyelamat global. Pencapaian ini sekali lagi menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkasa keupayaan pengurusan bencana serta menyumbang kepakaran di peringkat antarabangsa.
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 (𝐁𝐖𝐈) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 (𝐁𝐖𝐈) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 | 𝟐𝟑-𝟐𝟒 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Sesi taklimat dan pembentangan khas BWI Negeri Perak telah diadakan di Pejabat Daerah Larut Matang Selama (LMS) dan dipengerusikan oleh Pengerusi JPBD LMS serta turut melibatkan secara hibrid (online) pengerusi/wakil JPBD-JPBD lain dari seluruh daerah di Negeri Perak serta wakil JPBN Perak.
Sesi turut menyentuh soalan-soalan yang dibangkitkan dari pejabat-pejabat wakil rakyat di Perak seperti YAB Tambun, YAB Bagan Datuk, YB Beruas dan YB Trong berkaitan proses dan status BWI.
Taklimat turut diadakan di SDCC Perak di Ipoh berkaitan proses pembukaan PPM serta isu-isu bayaran bantuan BWI sebelum MTL 2025/2026 bermula (13/11/2025).
Pemantauan juga diadakan di Pejabat Daerah Hilir Perak serta Pejabat Daerah Kinta yang merancang untuk membuka PPM bagi membantu pendaftaran dan permohonan BWI bagi mangsa-mangsa yang masih tercicir.
Mengikut data MYIBJKM, sejak MTL 2025/2026 bermula, Daerah Bagan Datuk, Hilir Perak dan Manjung merekodkan KIR yang melebihi 2000 orang setiap daerah. Keseluruhan KIR di Negeri Perak bagi MTL 2025/2026 setakat ini adalah seramai 9,483 KIR berbanding MTL 2024/2025 seramai 462 KIR. Perbandingan ini mencatatkan peningkatan jumlah KIR sebanyak 1,952.6%
Data-data MYIBJKM turut dibentangkan bagi membantu perancangan JPBD/JPBN Perak akan datang berkaitan pemilihan PPS di kawasan terkesan, kapasiti PPS sedia ada bagi menampung KIR dan mangsa menetap, laluan pendaftaran KIR menetap vs tidak menetap di PPS, serta penugasan petugas-petugas di lapangan terutama di PPS dan PPM.
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐁𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 (𝐏𝐏𝐌) 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐁𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 (𝐏𝐏𝐌) 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟏𝟐-𝟏𝟔 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
NADMA bersama-sama JBPN Sabah telah membuka dua (2) Pusat Pendaftaran Mangsa (PPM) terawal di Sabah iaitu di Dewan Terbuka Mansiang, Menggatal dan Dewan Mini Kionsom, Inanam, Kota Kinabalu.
Seramai 295 KIR berjaya menyelesaikan isu pendaftaran dan permohonan di kedua-dua lokasi yang dibuka pada 13 Februari 2026.
Tinjauan turut dilaksanakan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Beaufort pada 14-15 Februari 2026 yang menempatkan 105 KIR melibatkan 284 mangsa. Proses pendaftaran berjalan lancar dengan beberapa penambahbaikan dikenal pasti berkaitan pengurusan data KIR dan pengelompokan keluarga.
Taklimat prestasi BWI Sabah telah disampaikan kepada Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sanah, Jabatan Ketua Menteri dan wakil JPBN Sabah pada 16 Februari 2026.
Pelaksanaan BWI secara digital melalui MYIBJKM berjaya mempercepatkan penyaluran bantuan kepada mangsa bencana.
NADMA akan melaksanakan SLU BWI-MYIBJKM Siri Kedua di 106 daerah seluruh Malaysia termasuk Sabah bermula suku kedua 2026 dengan kerjasama JKM.
