OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐‡๐€๐‹ ๐„๐‡๐–๐€๐‹ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐‘๐”๐๐„๐ˆ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐’๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ | ๐Ÿ— ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ“Putrajaya, Malaysia
ย 
YB Datoโ€™ Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Negara Brunei Darussalam, telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia, diiringi oleh tujuh (7) orang pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Brunei Darussalam.
ย 
Delegasi Malaysia pula diketuai oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) serta pegawai-pegawai kanan NADMA.
ย 
Dalam lawatan kerja ini, delegasi Brunei Darussalam telah dibawa melawat ke Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan juga Pusat Simulasi Bencana SMART bagi melihat kesiapsiagaan fasiliti Malaysia dalam pengurusan bencana.
ย 
Delegasi Brunei Darussalam juga mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di pejabat beliau, di Bangunan Perdana Putra.
ย 
Lawatan ini memberi pelbagai manfaat kepada kedua-dua negara, termasuk memperkukuh hubungan diplomatik, meningkatkan perkongsian kepakaran serta membuka ruang kerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat.
Previous Next

Hari Terakhir Operasi Pembenihan Awan (OPA) Fokus Empangan di Negeri Melaka dan Johor | 9 April 2026
ย 
OPA hari ini bermula jam 1.00 tengah hari menuju ke kawasan Empangan Jus di Melaka sebagai laluan tambahan susulan permohonan yang diterima daripada kerajaan negeri Melaka dan disusuli pembenihan awan di empangan sekitar negeri Johor pada jam 2.00 petang.
ย 
Operasi hari ini masih menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan membawa muatan 6,000 liter larutan garam.
ย 
Keadaan awan di sekitar kawasan empangan Jus, Melaka menunjukkan terdapat awan kumulus menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan yang bermula jam 1.30 tengah hari.
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun bermula jam 8.30 malam di Empangan Jus sehingga jam 9.30 malam.
ย 
Sementara di empangan sekitar negeri Johor pula, semburan larutan garam bermula pada jam 2.02 petang sehingga 2.55 petang meliputi Empangan Upper Layang, Lower Layang, Gunung Pulai dan Machap. Awan hujan mula terbentuk sekitar jam 4.00 petang di sekitar lokasi Empangan Machap dan hujan berterusan sehingga jam 6.00 petang.
ย 
Pelaksanaan OPA hari terakhir di Negeri Melaka dan Johor ini berjaya menurunkan hujan di beberapa kawasan sasaran OPA.
Previous Next

๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ | ๐Ÿ— ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
Pengurusan Tertinggi NADMA berkumpul di Bilik Mesyuarat Ruan Changkul, Aras 7 bagi bersama-sama menyaksikan amanat YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian
bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan bagi Bulan April pagi ini.
Previous Next

Hari Ketiga Operasi Pembenihan Awan (OPA) Fokus Empangan di Negeri Perak | 8 April 2026
ย 
OPA hari ini bermula jam 2.25 petang di kawasan Empangan Bukit Merah dan disusuli pembenihan awan di Empangan Temenggor pada jam 3.05 petang. Operasi hari ini masih menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan membawa muatan 6,000 liter larutan garam.
ย 
Awan hujan sudah mula terbentuk di kawasan sasaran selepas semburan air garam dibuat dalam tempoh satu jam. Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 5.00 petang di Empangan Temenggor dan berterusan sehingga jam 8.30 malam. Sementara di Bukit Merah, awan hujan mula terbentuk sekitar jam 9.00 malam dan hujan masih berlaku di kawasan tersebut sehingga kini.
ย 
Pelaksanaan OPA pada hari ketiga di Negeri Perak juga berjaya menggalakkan perkembangan awan konvektif yang seterusnya menghasilkan hujan kawasan sasaran.
Previous Next

Hari Kedua Operasi Pembenihan Awan (OPA) Zon Utara Berjaya Menghasilkan Hujan | 7 April 2026
ย 
OPA hari ini bermula jam 3.00 petang di Empangan Muda, Pedu dan Ahning, diikuti jam 4.00 petang di Empangan Timah Tasoh menggunakan pesawat C-130 TUDM dengan 6,000 liter larutan garam.
ย 
Awan hujan terbentuk di kawasan sasaran. Cerapan radar cuaca menunjukkan hujan mula terbentuk seawal jam 7.30 petang di Empangan Ahning serta di Empangan Timah Tasoh sehingga jam 9.00 malam
ย 
Pelaksanaan hari kedua juga menunjukkan hasil yang baik di kawasan sasaran.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search