OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐂𝐁𝐑𝐍𝐄 (𝐄𝐗-𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈) 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 | 𝟏𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
 
Satu Latih Amal melibatkan Bencana CBRNE telah dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PETRONAS Gas Berhad dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Latih amal ini yang dinamakan 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝘂𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗞𝗶𝗺𝗶𝗮, 𝗕𝗶𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶, 𝗥𝗮𝗱𝗶𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶, 𝗡𝘂𝗸𝗹𝗲𝗮𝗿 & 𝗟𝗲𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 (𝗘𝗫-𝗣𝗘𝗥𝗔𝗜) 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝟮𝟬𝟮𝟲 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Latihan ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi berkepentingan yang memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana.
 
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, dan turut diiringi oleh YB Dato' Seri Haji Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Mewakili pihak NADMA diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) NADMA dan turut disertai oleh pegawai dari Seksyen Pelaksanaan Operasi, Seksyen Penyelarasan Operasi dan Seksyen Mitigasi NADMA.
 
Objektif utama latihan simulasi ini adalah untuk menguji garis panduan kecemasan/bencana, meningkatkan keupayaan komunikasi dan koordinasi inter agensi, serta menilai tahap kesiapsiagaan semua pihak termasuk komuniti selaras dengan Arahan NADMA No.1 bagi menghadapi insiden letupan paip gas.
 
Antara agensi utama yang terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain agensi responder, teknikal dan bantuan . Semua agensi termasuk pihak Petronas telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan objektif latih amal dapat dicapai.
Previous Next

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 & 𝐂𝐁𝐃𝐑𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 (𝐁𝐀𝐓𝐂𝐇 𝟎𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔) | 𝟏𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan
 
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan komuniti dalam menghadapi bencana, satu Latihan Kesiapsiagaan Bencana Komuniti & CBDRM Siri 1 (Batch 02/2026) telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 36 peserta yang terdiri daripada anggota Kor i-Bantu serta wakil komuniti.
 
Program ini turut melibatkan penglibatan pelbagai agensi dan rakan strategik termasuk Pejabay Kebajikan Masyarakat Daerah Raub, Hospital Universiti Sains Malaysia (Unit Bencana), HRPZ II, UiTM Machang serta penyertaan antarabangsa daripada NGO Khidmat A Thailand.
 
Latihan selama tiga hari ini memberi penekanan kepada pendekatan CBDRM selaras dengan garis panduan Arahan NADMA No. 1 yang telah disampaikan oleh Tuan Jefny Muhammad, Pengarah SPKS dengan penekanan kepada peranan komuniti dalam mengenal pasti risiko, merancang tindakan serta melaksanakan respons dan pemulihan bencana secara menyeluruh.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada pelbagai modul praktikal termasuk komunikasi bencana, pertolongan cemas, teknik menyelamat, pengurusan mangsa banjir, operasi air dan bot, pemetaan risiko, penggunaan dron serta aplikasi CBDRM di peringkat komuniti.
Previous Next

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐋𝐈𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐄𝐗𝐏𝐎𝐒𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐀𝐍𝐃 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 Bandar Kinrara, Puchong
 
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim bersama-sama Ketua Bahagian Jualan Mercedes- Benz Malaysia, Encik Paul Wong dan Encik JC Yap, menyempurnakan sesi pelepasan kenderaan rasmi Resilient Asia 2026 bersama Mercedes-Benz Malaysia selaku Rakan Kerjasama Strategik Mobiliti, di Wisma Mercedes-Benz, Bandar Kinrara, Puchong.
 
Resilient Asia 2026 menerima 20 unit kenderaan dari Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi bagi acara tersebut yang bakal diadakan pada 24 - 26 April 2026 bertempat World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL).
 
Penglibatan Mercedes Benz dalam menyokong Program Resilient Asia 2026 sebagai tanda kerjasama strategik dan sokongan ke arah inisiatif pengurangan risiko bencana dalam konteks kerjasama awam-swasta (public private partnership).
 
Teknologi Mercedes dalam bidang automotif tidak dapat dinafikan, termasuk dalam membina kenderaan responder - Pasukan SMART turut menggunakan kenderaan Mercedes di awal penubuhan sejak 1995.
 
Kenderaan ini turut akan dipamerkan semasa program RA di World Trade Centre. Justeru, selari dengan perkembangan teknologi automotif oleh Mercedes, kerjasama ini dapat menjadi pemangkin teknologi kenderaan masa hadapan termasuk AI yang yang boleh dimanfaatkan dalam pengurusan bencana.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search