PROGRAM IHYA' RAMADAN
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Ihya’ Ramadan NADMA diteruskan dengan pengisian tazkirah bertajuk “Hikmah Nuzul Quran di Bulan Ramadan” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Amin Ibrahim.
Perkongsian yang penuh penghayatan ini mengingatkan warga NADMA tentang keistimewaan peristiwa Nuzul Quran serta kepentingan mendekatkan diri kepada Al-Quran sebagai panduan kehidupan, di samping memperkukuh keimanan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada 17 orang anak-anak yatim bagi meraikan kehadiran mereka dalam program Ihya' Ramadan NADMA.
Program Ihya' Ramadan NADMA kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa yang menghimpunkan warga NADMA bersama ahli keluarga dalam suasana penuh kesyukuran. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Maghrib diikuti dengan solat sunat Tarawih secara berjemaah.
Pengisian program pengimarahan bulan Ramadan ini turut mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai keikhlasan, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga NADMA dalam mengejar ganjaran dan syafaat bulan yang mulia ini.
Ketua Pengarah NADMA hari ini telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga NADMA yang diadakan di Markas SMART.
Antara intipati amanat Ketua Pengarah adalah warga NADMA perlu sentiasa pantas, cekap dan responsif dalam melaksanakan perkhidmatan serta berfikir lebih ke hadapan terutama apabila membuat dasar-dasar yang melibatkan penambahbaikan dalam pengurusan bencana.
Warga NADMA turut diingatkan untuk sentiasa menjaga nilai integriti serta melaksanakan tugas dengan tadbir urus yang baik.
“Integrity is doing the right thing, even when no one is watching.”
Sebagai agensi yang menguruskan operasi bencana, kepercayaan rakyat merupakan amanah besar yang perlu sentiasa dipelihara.
Majlis diakhiri dengan penyampaian kuih raya kepada anggota SMART yang akan bertugas sepanjang sambutan Hari Raya nanti oleh Ketua Pengarah NADMA sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka.
Bila warga NADMA berkumpul di Markas SMART untuk sesi rewang masak bubur lambuk memang meriah! 
Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA dan YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA bersama-sama menyantuni petugas-petugas memasak Bubur Lambuk.
Aktiviti ini bukan sekadar memasak, tetapi menjadi ruang mengeratkan silaturahim dan berkongsi rezeki sempena Ramadan yang penuh keberkatan. 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan sempena Program Ihya’ Ramadan NADMA 2026. Seramai 35 peserta telah mengimarahkan bacaan Al-Quran pada pagi ini dengan suasana penuh kesederhanaan, ukhuwah dan penghayatan. Alhamdulillah.
𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗲-𝟮𝟮 𝘼𝙎𝙀𝘼𝙉 𝙏𝙚𝙘𝙝𝙣𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙒𝙤𝙧𝙠𝙞𝙣𝙜 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥 𝙤𝙣 𝘾𝙞𝙫𝙞𝙡-𝙈𝙞𝙡𝙞𝙩𝙖𝙧𝙮 𝘾𝙤𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 (𝙏𝙒𝙂 𝙤𝙣 𝘾𝙄𝙈𝙄𝘾)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘕𝘋𝘔𝘖) Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat ke-22 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭-𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘺 𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘛𝘞𝘎 𝘰𝘯 𝘊𝘐𝘔𝘐𝘊) yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar di pihak 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘪𝘵𝘵𝘦𝘦 𝘰𝘯 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘈𝘊𝘋𝘔) serta wakil daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sebagai pengerusi 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘋𝘦𝘧𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘚𝘦𝘯𝘪𝘰𝘳 𝘖𝘧𝘧𝘪𝘤𝘪𝘢𝘭𝘴’ 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 (𝘈𝘋𝘚𝘖𝘔). Mesyuarat berlangsung secara dalam talian. Mesyuarat ini melibatkan 11 negara anggota ASEAN, ACMM, Sekretariat ASEAN dan AHA Centre.
Mesyuarat ini telah membincangkan usaha mengkoordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana terutamanya melibatkan 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘴𝘴𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘦𝘧 (𝘏𝘈𝘋𝘙) melalui penyediaan prosedur operasi standard ASEAN 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘙𝘦𝘢𝘥𝘺 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘏𝘈𝘋𝘙, 𝘌𝘹𝘱𝘦𝘳𝘵𝘴’ 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘏𝘈𝘋𝘙 𝘥𝘢𝘯 𝘌𝘹𝘱𝘦𝘳𝘵𝘴’ 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘺 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘤𝘪𝘯𝘦.
Mesyuarat ini juga bertindak sebagai platform bagi sektor awam dan ketenteraan di rantau ASEAN untuk berkumpul dan membincangkan langkah-langkah meningkatkan koordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana di peringkat serantau.
