OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

PASUKAN SMART TERJUNAI LATIHAN JURULATIH TINDAK BALAS KECEMASAN DI THAILAND | 2โ€“6 FEBRUARI 2026

๐Ÿ“Pusat Latihan DDPM, Pathum Thani, Thailand
ย 
Pasukan SMART Malaysia terus membuktikan kepakaran mereka diiktiraf peringkat antarabangsa apabila dijemput untuk mengendalikan Kursus ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด (๐˜›๐˜ฐ๐˜›) Tindak Balas Kecemasan Siri 1 kepada 24 pegawai dan anggota Department of Disaster Prevention and Mitigation (DDPM), Thailand.
ย 
Seramai 12 ๐˜š๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต ๐˜”๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ด (๐˜š๐˜”๐˜Œ) Pasukan SMART yang diketuai oleh Inspektor Abdullah Ahmad Sobri telah dihantar untuk menjadi jurulatih untuk membuat perkongsian serta menjalankan latihan yang intensif. Latihan ini memberi fokus kepada bidang ๐˜œ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ถ๐˜ฆ (๐˜œ๐˜š๐˜ˆ๐˜™) merangkumi kemahiran teknikal, kompetensi jurulatih serta pendekatan latihan berkesan bagi membangunkan kompetensi jurulatih profesional.
ย 
Modul latihan yang diterapkan menekankan pembangunan keupayaan melatih (๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด) secara berstruktur dan praktikal, bagi memastikan perkongsian ilmu dan kemahiran USAR dapat diaplikasi secara cekap dan berkesan.
ย 
Timbalan Ketua Pengarah DDPM Thailand telah hadir semasa majlis penutupan kursus. Perkongsian kepakaran yang dibuat oleh Pasukan SMART ini dilihat terus mengukuhkan hubungan diplomatik serta kerjasama serantau antara Malaysia dan Thailand.
Previous Next

MAJLIS GRADUASI PEMBANGUNAN KEPAKARAN DAN PERUNDING KEPAKARAN KERAJAAN (PRESTIJ): PROGRAM PENGURUSAN BENCANA (DMP) SIRI PERTAMA | 6 FEBRUARI 2026

๐Ÿ“ IEG Campus, Kuala Lumpur
ย 
Seramai 19 peserta PRESTIJ: DMP telah berjaya menamatkan program dan dianugerahkan kelayakan Specialist Gred A (Pakar), sekali gus melahirkan kumpulan pakar pengurusan bencana berkelayakan bertaraf antarabangsa.
ย 
Pengumuman kejayaan ini telah dibuat oleh Assoc. Prof. Numada Muneyoshi, ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ (DMTC), Universiti Tokyo semasa Majlis Graduasi PRESTIJ: DMP.
ย 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoโ€™ Jamalulail bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA selaku tetamu kehormat yang menyampaikan Sijil Kepakaran yang diiktiraf Kerajaan Jepun kepada para graduan. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, mewakili NADMA.
ย 
Program PRESTIJ: DMP Siri Pertama telah dilaksanakan selama 6 bulan (1 bulan di Malaysia dan 5 bulan di Jepun) menerusi kerjasama strategik antara JPA, NADMA, IEG Campus dan DMTC, Universiti Tokyo.
ย 
DMTC, Universiti Tokyo menawarkan tiga tahap pengkhususan iaitu Specialist Gred C (Asas), Gred B (Pertengahan) dan Gred A (Pakar), selari dengan tahap kompetensi dan skop sumbangan dalam pengurusan bencana. Justeru, program ini dirangka bagi melahirkan pakar pengurusan bencana yang mampu bertindak sebagai konsultan dan perunding strategik.
ย 
Program pembangunan kapasiti pegawai ini wajar diteruskan di semua peringkat sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana negara.
Previous Next

SESI PRE COUNCIL BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI DI PARLIMEN MALAYSIA | 5 FEBRUARI 2026

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim bersama delegasi NADMA telah menghadiri sesi ๐˜—๐˜ณ๐˜ฆ-๐˜Š๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช๐˜ญ bersama YAB Timbalan Perdana Menteri bagi Sesi penggulungan Perbahasan Titah Diraja 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
ย 
Sesi ini adalah bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan berkaitan NADMA seperti peruntukan dan penyaluran bantuan bencana, pemerkasaan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi bencana serta isu keselamatan digital dan kedaulatan teknologi. Ini bagi membolehkan YAB Timbalan Perdana Menteri menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen.
Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT NAIB PRESIDEN KUMPULAN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR (HSSE) PETRONAS KE NADMA | 5 FEBRUARI 2026

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Zamri Japar, Naib Presiden Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), PETRONAS bertempat di pejabat beliau.
ย 
Kunjungan ini memberi tumpuan kepada perbincangan kerjasama strategik merangkumi aspek kesiapsiagaan, tindak balas serta pengurangan risiko bencana.
ย 
Pertemuan ini turut menjadi wadah penting dalam mengukuhkan sinergi antara agensi Kerajaan dan sektor korporat dalam usaha memastikan pengurangan risiko bencana serta kesiapsiagaan komuniti terus diperkasa.
Previous Next

NADMA DAN PERTUBUHAN PERWIRA ANJURKAN TRAINING OF TRAINERS (TOT) CBDRM KEPADA SUKARELAWAN PERTUBUHAN PERWIRA | 4 FEBRUARI 2026

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah bekerjasama dengan Rakan NADMA Pertubuhan Perwira bagi menganjurkan Program ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด (๐˜›๐˜–๐˜›) Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM) kepada kakitangan dan sukarelawan PERWIRA pada 4 Februari 2026 bertempat di Perkampungan Maghfirah, Negeri Sembilan.
ย 
Program ini memberi fokus kepada pemerkasaan peranan sukarelawan dalam memperkukuh ketahanan komuniti melalui penyeragaman ilmu kesiapsiagaan bencana selaras dengan struktur Modul Garis Panduan CBDRM NADMA. Latihan ini amat penting bagi melahirkan tenaga pengajar dan pengamal NGO yang kompeten serta bersedia berkhidmat di lapangan.
ย 
Para peserta turut didedahkan dengan latihan teknikal dan amali bagi memahami realiti situasi sebelum, semasa dan selepas bencana sekali gus meningkatkan keupayaan tindakan di peringkat komuniti.
ย 
Melalui pelaksanaan Program CBDRM secara berterusan membolehkan lebih ramai tenaga mahir terlatih dalam kalangan komuniti bagi membantu operasi pengurusan bencana agar lebih berkesan, tersusun dan berimpak.
ย 
Program ini dihadiri oleh pegawai NADMA dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial iaitu Mohd Azam Zakuan, Mohd Zaim Aiman dan Cik Afiqah.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search