OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN GEOSPASIAL PERTAHANAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) KEPADA KETUA PENGARAH NADMA | 3 FEBRUARI 2026

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Geospatial Pertahanan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam memanfaatkan teknologi geospatial bagi pengurusan bencana negara.
ย 
Delegasi JUPEM diketuai oleh Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Brig. Jen. Datoโ€™ Pahlawan Sr. Dr. Mohd Zambri Mohamad Rabab telah berkongsi keupayaan platform ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ญ ๐˜๐˜ฏ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต (DGIM) dalam menyokong pelbagai aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Perbincangan ini selari dengan pendekatan ๐˜ž๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ-๐˜ฐ๐˜ง-๐˜Ž๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต dan ๐˜ž๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ-๐˜ฐ๐˜ง-๐˜š๐˜ฐ๐˜ค๐˜ช๐˜ฆ๐˜ต๐˜บ, dengan penekanan kepada keperluan data bencana yang menyeluruh dan bersepadu merentas agensi, serta perancangan masa hadapan bagi memperkukuh ekosistem data dan analitik dalam menyokong perancangan, pemantauan dan pembuatan keputusan berasaskan data.
ย 
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkasa penggunaan teknologi geospatial sebagai komponen penting ke arah sistem pengurusan bencana negara yang lebih bersepadu, berasaskan risiko dan responsif.
Turut hadir dalam sesi kunjungan ini ialah Tuan Haji Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana); Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir Md Naziri, Pengarah Seksyen Mitigasi dan wakil NDCC.
Previous Next

PROGRAM PELAKSANAAN LATIHAN KESIAPSIAGAAN BENCANA KOMUNITI (CBDRM) ANJURAN KOR i-BANTU YAYASAN IKRAM MALAYSIA DENGAN KERJASAMA NADMA DI TELUK INTAN, PERAK | 31 JAN โ€“ 2 FEB 2026
ย 
NADMA telah bekerjasama dengan Kor i-Bantu Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) menganjurkan Program Pelaksanaan Latihan Kesiapsiagaan Bencana Komuniti (CBDRM) selama 3 hari bermula dari 31 Januari hingga 2 Februari 2026 di Dinnie Inn, Teluk Intan, Perak.
ย 
Program ini telah mengumpulkan seramai 50 sukarelawan yang hadir sebagai peserta untuk memantapkan lagi ilmu kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana. Ini bagi memastikan komuniti sentiasa bersiap siaga dan dapat menjadi ๐˜ง๐˜ช๐˜ณ๐˜ด๐˜ต ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ apabila sesuatu kejadian bencana berlaku di komuniti masing-masing. Tindakan pantas para sukarelawan dan komuniti untuk bertindak pantas dapat menyelamatkan banyak nyawa dan harta benda jika berlaku sebarang kemungkinan bencana.
ย 
Antara pengisian utama:
โœ… Taklimat keselamatan & pengenalan program;
โœ… Perkongsian Garis Panduan CBDRM oleh wakil NADMA, Encik Zaim Aiman Ibrahim, Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial;
โœ…Latihan praktikal: mengaplikasikan modul CDBRM seperti komunikasi bencana, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan, menyelamat mangsa dalam air, ikhtiar hidup.
ย 
Diharapkan melalui program CBDRM seperti ini dapat meningkatkan kesedaran risiko kepada para peserta bencana tempatan serta menambah ilmu pengetahuan dengan memahami modul-modul latihan CBDRM untuk diaplikasikan kepada komuniti serta meningkatkan keyakinan yang lebih tinggi untuk membimbing komuniti setempat menjadi lebih ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต atau berdaya tahan.
Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PESURUHJAYA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KE NADMA | 3 FEBRUARI 2026

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPj. (PA) Tuan Muhammad Abiddin Abd Rahman di pejabat beliau.
ย 
Kunjungan ini sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik antara NADMA dan APM dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana negara. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pemerkasaan peranan dan tanggungjawab sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana, sistem amaran, penglibatan pemain industri dalam pengurangan risiko bencana dan cadangan perolehan aset baharu.
ย 
Selain itu, perancangan latihan intensif secara berkala antara Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) APM dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) NADMA turut diberi perhatian supaya tahap kompetensi dan kesiapsiagaan anggota sentiasa tinggi.
ย 
Turut hadir di pihak APM ialah YAS TPj.(PA) Ghazali Abd Rahman, TKP (Operasi) APM dan YS Kol.(PA) Mohd Adzhar Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM. Manakala turut hadir di pihak NADMA ialah Tuan Haji Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana), Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir Md Naziri, Pengarah Seksyen Mitigasi dan PgKB I Abdul Manaf Che Isa, Komander SMART.

Previous Next

BENGKEL PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN ASET TAK ALIH KERAJAAN AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) TAHUN 2026
ย 
NADMA telah mengadakan Bengkel Penerimaan Dan Pendaftaran Aset Tak Alih Kerajaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tahun 2026 dengan kerjasama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia (CPAB JKR) pada 27 - 29 Januari 2026 di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan. Para peserta bengkel terdiri daripada wakil dari pasukan SMART, Seksyen Teknikal dan Infrastruktur, Seksyen Logistik, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, MYCEDM dan NDCC.
ย 
Hasil daripada bengkel ini telah dapat mengukuhkan pengetahuan para peserta mengenai Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) dan tadbir urus PATA. Selain itu, di dalam bengkel ini juga para peserta turut mempelajari aktiviti penerimaan aset bagi Pusat Simulasi Bencana yang telah selesai dibina.
ย 
Di akhir bengkel ini, para peserta berjaya membuat pendaftaran aset tak alih kerajaan kepada 3 premis iaitu:
1. Premis milikan di Markas SMART;
2. Premis tumpang di Setia Perkasa 5, Putrajaya; dan
3. Premis tumpang di Depot Simpanan Pertahanan (DSP), Sungai Buloh.
ย 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana).
Previous Next

PENCERAMAH JEMPUTAN BAGI KURSUS STAF DAN TAKTIK GRED 2 SIRI 1/2026 DI AKADEMI TENTERA DARAT, PORT DICKSON DAN KURSUS CIVIL- MILITARY COOPERATION (CIMIC) STAFF DAN OPERATOR SIRI 2/2026 DI PUSAT PENGAMAN MALAYSIA, PORT DICKSON | 29 JANUARI 2026
ย 
NADMA sentiasa memperkukuh kerjasama strategik bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.
ย 
Che Siti Noor Koh Poh Lee, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput untuk membuat perkongsian mengenai Arahan NADMA No. 1 dan peranan ATM dalam operasi bantuan bencana.
ย 
Seramai 60 orang peserta Kursus Staf Dan Taktik Gred 2 Siri 1/2026 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson. Manakala bagi Kursus Civil- Military Cooperation (CIMIC) Staff Dan Operator Siri 2/2026 Di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson pula disertai oleh 24 pegawai tentera yang bakal menyertai misi pengaman PBB, termasuk kehadiran 2 pegawai pemerhati daripada Canadian Armed Forces.
ย 
Antara aspek perkongsian adalah mengenai dasar dan mekanisme bantuan kemanusiaan dan bencana di Malaysia, serantau dan antarabangsa sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan yang kompleks, memahami sensitiviti budaya dan kod etika yang perlu dipatuhi oleh ketika bertugas di luar negara berdasarkan pengalaman menguruskan misi USAR Pasukan SMART (MAS01) ke Turkiye dan Myanmar.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search