PASUKAN SMART KONGSI KEPAKARAN BERSAMA PASUKAN GERAKAN AM (PGA) BIDOR | 30 JANUARI 2026
Seramai 6 orang jurulatih berpengalaman Pasukan SMART yang diketuai oleh Inspektor Abdullah Ahmad Sobri telah dijemput untuk berkongsi kepakaran kepada seramai 21 pegawai dan anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor yang merupakan peserta Kursus Asas Mencari dan Menyelamat. Kursus ini telah dilaksanakan bermula dari 26 hingga 30 Januari 2026 bertempat di Kem Pasukan Gerakan Am, Bidor.
Penganjuran kursus ini bukan sahaja untuk memperkukuh kemahiran individu, malah turut meningkatkan tahap koordinasi dan kecekapan pasukan dalam melaksanakan tugasan di lapangan. Para peserta didedahkan kepada latihan teori dan praktikal yang merangkumi asas-asas operasi mencari dan menyelamat, keselamatan diri, kerja berpasukan serta prosedur operasi standard.
Diharapkan perkongsian pengalaman yang dibuat oleh Pasukan SMART dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota PGA dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat, khususnya ketika berhadapan dengan situasi kecemasan dan bencana.
KUNJUNGAN HORMAT UNIT PENGURUSAN BENCANA NEGERI, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA KETUA PENGARAH NADMA
- Faiz
- Program dan Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT UNIT PENGURUSAN BENCANA NEGERI, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR KEPADA KETUA PENGARAH NADMA | 30 JANUARI 2026
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Unit Pengurusan Bencana Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Encik Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir hari ini.
Ketua Pengarah telah mendengar pembentangan daripada Dr. Khamarrul Azahari Razak - Felo Penyelidik Kanan, Disaster Preparedness & Prevention Centre (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenai laporan akhir punca insiden kebakaran letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang Jaya.
Di dalam sesi ini turut membincangkan cadangan penambahbaikan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana sedemikian sentiasa berada pada tahap optimum di semua peringkat.
Turut hadir semasa sesi kunjungan ini adalah Tuan Haji Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana), Tuan Kol. Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir Md Naziri, Pengarah Seksyen Mitigasi, Tuan Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan dan Tuan PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
KURSUS DEEPENING PERSPECTIVE ON MALAYSIA DEFENCE STRATEGY | 29 JANUARI 2026
DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Supt. Muhammad Rozhan Rosli mewakili NADMA ke Kursus Deepening Perspective On Malaysia Defence Strategy yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 27 hingga 29 Januari 2026 di Hotel Continental Kuala Lumpur.
Kursus anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia dengan kerjasama Institute Security Governance (ISG) Amerika Syarikat ini bertujuan untuk meneroka perseptif pelan strategi pertahanan negara melibatkan kewaspadaan terhadap ruang udara, daratan dan perairan negara. Pendedahan perspektif pelan strategi Amerika Syarikat turut dijelaskan oleh penceramah dari ISG.
Kursus ini amat penting kerana pelan strategi pertahanan negara turut mengambil berat peranan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dan HADR yang dilaksanakan bersama NADMA dalam hala tuju pengurusan bencana negara.
PASUKAN SMART WAKIL MALAYSIA SEBAGAI PENILAI ANTARABANGSA PENSIJILAN SEMULA INSARAG FRA03
- Faiz
- Program dan Aktiviti
PASUKAN SMART WAKIL MALAYSIA SEBAGAI PENILAI ANTARABANGSA PENSIJILAN SEMULA INSARAG FRA03 | 25-30 JANUARI 2026
Pegawai Latihan Pasukan SMART, PgKB II Mohamad Hafiezul Abdul Halim telah diberi tanggungjawab oleh UN OCHA bagi menyertai proses pensijilan IER Pasukan Military Units of French Civil Protection Heavy USAR Team (FRA03) yang berlangsung dari 25 hingga 30 Januari 2026 di Sancoins, Perancis. Beliau digandingkan bersama 11 orang penilai (classifier) antarabangsa dari 8 buah negara termasuk Austria, Australia, Sepanyol, Poland, Hungary, Chech Republic dan Qatar.
Pasukan FRA03 dinilai mengikut elemen INSARAG iaitu management, rescue, logistic, search, dan juga medical oleh barisan classifier melalui semakan dokumentasi serta pemerhatian ketika simulasi 36 jam operasi. PgKB II Mohamad Hafiezul selaku management classifier berperanan bagi meneliti agar semua persediaan, kemampuan dan pengurusan Pasukan FRA03 semasa operasi dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan dibawah INSARAG.
Pelantikan Pasukan SMART sebagai penilai INSARAG ini mencerminkan kepercayaan global terhadap profesionalisme, disiplin serta komitmen berterusan pasukan dalam memastikan standard penyelamatan tertinggi sentiasa dipatuhi.
PERHIMPUNAN BULANAN AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) | 26 JANUARI 2026
Rumusan keseluruhan ucapan Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA adalah menyeru semua warga kerja NADMA dan SMART agar bersatu padu dan bekerja secara bersama-sama bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Rapatkan saf, perkasakan kerjasama, dan bekerjalah sebagai satu pasukan yang utuh selari dengan motto Siaga Bencana, Tanggungjawab Bersama.”
Seluruh warga kerja NADMA turut meraikan sambutan ulang tahun Ketua Pengarah yang jatuh pada hari ini.
