Weather and Climate Science for Service Partnership (WCSSP) Southeast Asia Regional Science Workshop & Verification Training
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Weather and Climate Science for Service Partnership (WCSSP) Southeast Asia Regional Science Workshop & Verification Training | 18 hingga 22 Mei 2025 | Bali, Indonesia
Telah berlangsung bengkel serantau pada tahun ini yang bertemakan “The Use of Ensembles and Communication of Uncertainty’’ yang menghimpunkan para saintis dan peramal cuaca dari seluruh rangkaian kerjasama WCSSP, dengan objektif untuk meningkatkan penggunaan ensemble serta memperkukuh komunikasi ketidakpastian dalam merancang pengurusan risiko serta daya tahan bencana.
Bengkel ini merupakan platform penting bagi para saintis dari United Kingdom (UK) dan negara rakan Asia Tenggara (SEA) yang terlibat dalam projek usahasama untuk menilai kemajuan projek dan mengenal pasti pencapaian utama. Selain itu, meningkatkan kesedaran tentang perkembangan dan perancangan kerja di seluruh rakan kongsi serta pakej kerja dan mengukuhkan kerjasama antara individu, kumpulan kerja dan institusi.
Bengkel ini juga membuka ruang untuk mengenal pasti impak projek, termasuk manfaat kepada negara rakan di SEA, pihak berkepentingan dan pembuat dasar. Ia juga memberi peluang kepada komuniti sains antarabangsa untuk meninjau potensi perkhidmatan iklim demonstrasi baharu. Seterusnya, bengkel ini turut meneliti peluang masa depan bagi meneruskan kolaborasi dalam menangani cabaran saintifik yang masih belum selesai serta memperkukuh lagi pelaksanaan projek WCSSP SEA. Matlamat utama adalah untuk membina legasi keupayaan perkhidmatan sains yang mampan dan berdaya saing.
Seramai 11 orang peserta Malaysia telah menyertai bengkel pada kali ini yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), NADMA dan diikuti oleh pegawai dari NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) serta MiGHT.
Sesi Taklimat Tapisan Keselamatan bagi warga Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Taklimat Tapisan Keselamatan bagi warga Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 | 21 Mei 2025 | Bilik Persidangan, Aras 4, MITRA
Telah berlangsung Sesi Taklimat Tapisan Keselamatan bagi warga Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 yang disampaikan oleh Puan Nur Atiqah binti Abdul Rahman serta wakil-wakil Pegawai Keselamatan di Unit Tapisan Keselamatan Semula, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan dan membuat tapisan keselamatan kepada 25 orang pegawai Contract of Service (COS) yang baru dilantik dan membuat tapisan keselamatan semula ke atas semua pegawai awam yang telah melaksanakan tapisan keselamatan selepas lima (5) tahun keputusan tapisan keselamatan yang terdahulu.
Sesi Lawatan NADMA ke Bakun Hydro Electric Plan (HEP) | 20 Mei 2025 | Bakun, Sarawak
Telah berlangsung sesi lawatan NADMA ke Bakun Hydro Electric Plan (HEP) bagi membincangkan persiapan latih amal dan simulasi bencana empangan yang melibatkan Pejabat SUK Sarawak, Pejabat Daerah Belaga, Ketua Polis Daerah Belaga serta Sarawak Energy Berhad (SEB).
NADMA telah diketuai oleh YBhg. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan turut disertai oleh Encik Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Dr. Mohd Hafizzuddin bin Md Damiri, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial serta Supt. Muhammad Rozhan bin Rosli, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
Selain itu, ahli mesyuarat juga turut melawat sekitar empangan Bakun termasuk bilik operasi serta cadangan tapak untuk pembinaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Belaga.
Practical Approach to Disaster Preparedness for Industry | 17 Mei 2025 | AC Hotel, Kuala Lumpur
Telah berlangsung Seminar "Practical Approach to Disaster Preparedness for Industry" yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Seminar ini memfokuskan teknik penilaian risiko, perancangan tindak balas kecemasan, perancangan pemulihan perniagaan dan pematuhan undang-undang. Pihak Persatuan Perubatan Malaysia telah menjemput wakil daripada NADMA iaitu Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dengan ceramahnya yang bertajuk "Synchronizing Emergency Response Plan for Workplaces".
Sesi Libat Urus dan Lawatan Tapak Projek Pemasangan Sistem Amaran Awal (EWS) Aliran Puing dan Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) di Kawasan Berisiko Bencana Geologi di Sekitar Gunung Kinabalu
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Libat Urus dan Lawatan Tapak Projek Pemasangan Sistem Amaran Awal (EWS) Aliran Puing dan Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) di Kawasan Berisiko Bencana Geologi di Sekitar Gunung Kinabalu | 13 hingga 15 Mei 2025 | Sabah
Telah berlangsung sesi libat urus bersama komuniti di kawasan Ranau dan Kota Belud berkenaan projek pemasangan EWS dan PAPS di kawasan berisiko bencana geologi di sekitar Gunung Kinabalu. Sesi libat urus ini bertujuan untuk memaklumkan komuniti di kawasan terlibat mengenai inisiatif kerajaan melalui NADMA dan dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama SKN Sabah akan projek ini agar tiada isu berbangkit semasa proses pemasangan.
Selain itu, komuniti dapat bersiap sedia dengan sistem yang akan dibangunkan dan boleh beradaptasi apabila dipasang kelak. Pemasangan ini juga antara lain bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi tindak balas dan komuniti setempat dalam usaha mengurangkan impak bencana geologi. Sesi lawatan tapak disekitar Sungai Mesilou dan Panalaban ini turut dilaksanakan untuk memastikan kawasan adalah strategik dan bersesuaian mengikut pemetaan geologi kejuruteraan, analisis dan pemodelan bahaya yang dibuat.
Sesi libat urus dan lawatan tapak ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan diiringi oleh YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi serta para pegawai daripada Seksyen Mitigasi NADMA.
