SESI KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NADMA KEPADA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
SESI KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NADMA KEPADA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH | 23 Disember 2025
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bertempat di Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membentangkan situasi semasa pengurusan bencana di peringkat nasional, termasuk perkembangan terkini kejadian bencana yang melanda negara, di samping membincangkan tahap kesiapsiagaan serta langkah-langkah strategik yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026.
Dalam pertemuan tersebut NADMA juga turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan padu serta keprihatinan berterusan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara, agar sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum demi menjamin keselamatan, kesejahteraan rakyat serta kelangsungan pembangunan negara.
