PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Libat Urus NADMA: Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA dan Sistem DGIM serta Mesyuarat Pra JPBN Negeri Sabah | Kota Kinabalu | 20 Jun 2024
 
NADMA telah dihadiri oleh YBrs. En. Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana, En. Roselin Rajab, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial dan Tn. Hj. Ir. Malek Hisham, Pengarah Seksyen Teknikal & Infrastruktur serta barisan pegawai-pegawai yang lain. Sesi ini bertujuan untuk memantau segala perbelanjaan JPBN Sabah bagi peruntukan yang telah disalurkan menggunakan KWABBN serta memastikan kesiapsiagaan yang optimum bagi negeri Sabah dalam menghadapi musim Monsun Barat Daya termasuk pengenalan kepada sistem DGIM.
 
Selain itu, pelbagai aspek kesiapsiagaan dibincangkan secara terperinci, termasuk perancangan dan koordinasi antara agensi-agensi terlibat, pemantauan cuaca, pengurusan logistik dan pengurusan bekalan air di negeri Sabah.
Previous Next

14 Jun 2024 - Telah selesai Kursus Incident Command System: Planning Section Chief tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh YBrs. En Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA. Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 10 Jun hingga 14 Jun 2024 di Dewan Wawasan, Markas SMART, Puchong.
 
Previous Next

12 JUN 2024 - NADMA telah menerima satu lawatan kerja dari Pihak Five Power Defence Arrangements (FPDA) Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS) di ibu pejabat NADMA, petang tadi.
 
Lawatan kerja yang diketuai oleh Commander Integrated Area Defence System (CIADS), Air Vice-Marshal (AVM) Nathan Christie dan delegasi staf HQIADS ini adalah bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama civil-military dalam platform FPDA.
 
Lawatan ini turut melibatkan satu sesi taklimat bagi memberi penerangan berhubung Mekanisme Bantuan Bencana Antarabangsa ke Malaysia terutamanya melibatkan civil-military coordination, sekaligus sebagai input persediaan pihak HQIADS dalam merancang program latih amal FPDA HQIADS melibatkan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) di Malaysia pada tahun 2024 dan 2025 kelak.
Previous Next

12 JUN 2024 - Telah berlangsung taklimat mengenai pelaksanaan Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron) bagi operasi bantuan kecemasan dan bencana negara oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
 
Antara perkara yang dibincangkan ialah penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron), penyediaan polisi dan prosedur penggunaan dron ketika operasi bencana dan permohonan keperluan peruntukan operasi PTK2Dron. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
Previous Next

11 Jun 2024 - YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA menyampaikan ucapan aluan dalam Majlis Perasmian Weather Climate and Science for Service Partnership (WCSSP) Southeast Asia 6th Regional Workshop yang berlangsung dari 10 hingga 13 Jun 2024 di Hotel The Wembley St. Giles, Pulau Pinang.
 
Bengkel teknikal ini dianjurkan bersama oleh United Kingdom Meterological Office (UKMO) dan Pasukan WCSSP Malaysia terdiri daripada NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan MiGHT.
 
Delegasi Pasukan WCSSP daripada United Kingdom, Filipina, Indonesia, Vietnam dan rakan kolaborasi daripada universiti seramai 80 orang berkumpul untuk membincangkan penambahbaikan saintifik dalam model ramalan cuaca berimpak tinggi (HIW) dan utilisasi data cuaca dalam ramalan berasaskan impak dan pengurusan bencana berkaitan cuaca.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search