Taklimat mengenai pelaksanaan Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron) bagi operasi bantuan kecemasan dan bencana negara
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
12 JUN 2024 - Telah berlangsung taklimat mengenai pelaksanaan Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron) bagi operasi bantuan kecemasan dan bencana negara oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Antara perkara yang dibincangkan ialah penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron), penyediaan polisi dan prosedur penggunaan dron ketika operasi bencana dan permohonan keperluan peruntukan operasi PTK2Dron. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.