๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐๐ง๐ญ ๐๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐ญ๐ข๐ซ๐๐ข ๐ฉ๐๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Pameran Resilient Asia 2026 melabuhkan tirai pada hari ini. Seawal jam 10.00 pagi orang ramai mula hadir bersama keluarga untuk merasai sendiri pengalaman di pameran pengurusan bencana yang julung kali diadakan di Malaysia pada tahun ini.
ย
Pelbagai ragam dan keletah semua yang hadir dari pelbagai peringkat umur yang penuh semangat dan teruja dengan pelbagai aktiviti interaktif yang ditawarkan di semua reruai pempamer.ย
ย
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, YAS Datoโ Ir. Ts. Ahmad Izram Osman turut meluangkan masa melawat ke seluruh pameran dan turut menyaksikan demonstrasi Pasukan SMART.
ย
Terima kasih kepada semua yang telah datang berkunjung ke reruai NADMA!
ย
Siaga Bencana, Tanggungjawab Bersama!ย
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
RESILIENT ASIA 2026 FORUM : GAPS IN RESEARCH AND PRACTICE โ OPPORTUNITIES FOR ACADEMIA | 26 APRIL 2026
ย
ย
Forum terakhir bersidang pada hari ini bertajuk โGaps in Research and Practice โ Opportunities for Academiaโ dikendalikan oleh moderator Cdr Assoc. Prof. Ts. Dr. Haliza Mohd Zahari (Bersara) TLDM, Ketua Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
ย
Forum ini membincangkan jurang antara penyelidikan dan pelaksanaan lapangan dalam pengurusan bencana. Selain tu, sesi ini mengetengahkan peranan institusi akademik dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi, inovasi dasar serta pembangunan kepakaran yang dapat menyokong pengurusan bencana negara secara lebih menyeluruh.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ :โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
RESILIENT ASIA 2026 FORUM :โSUSTAINABLE COLLABORATION STRATEGIES IN DISASTER MANAGEMENTโ| 26 APRIL 2026
ย
ย
Telah berlangsung sesi Forum bertajuk โSustainable Collaboration Strategies in Disaster Managementโ yang membincangkan mengenai strategi kerjasama mampan dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara.
ย
Forum ini dikendalikan oleh moderator Cdr Assoc. Prof. Ts. Dr. Haliza Mohd Zahari (Bersara) TLDM, Ketua Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
ย
Perbincangan memberi tumpuan kepada kepentingan kerjasama rentas sektor melibatkan institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, penyelidik serta komuniti dalam membina kesiapsiagaan dan respons bencana yang lebih berkesan.
๐ ๐๐๐๐ โ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
FORUM โFROM RELIEF TO RESILIENCE: STRENGTHENING MALAYSIAโS DISASTER RESPONSE ECOSYSTEMโ DI RESILIENT ASIA 2026
ย
Forum โFrom Relief to Resilience: Strengthening Malaysiaโs Disaster Response Ecosystemโ hari ini mengetengahkan usaha memperkukuh ekosistem pengurusan bencana negara melalui kerjasama strategik pelbagai pihak.
ย
Forum ini dikendalikan oleh moderator YM Raja Nor Dianna Raja Harun dari Yayasan Hasanah, di mana sesi ini meneliti keperluan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan bencana yang merangkumi bantuan kecemasan, pemulihan komuniti serta pembinaan daya tahan jangka panjang melalui sinergi antara kerajaan, sektor korporat dan masyarakat sivil.
ย
Panel forum menampilkan YBhg. Datin Noorul Syifa Mohd Isa, wakil Yayasan TM; YM Tengku Noraida Tengku Mahmood, wakil Yayasan PETRONAS; Encik Mohd Jamil bin Muda, wakil Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN); serta Encik Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, NADMA.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ :โ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐โ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
RESILIENT ASIA 2026 FORUM :โLEARNING FROM COMMUNITY: CBDRMโ | 26 APRIL 2026
ย
ย
Resilient Asia 2026 meneruskan pengisian program hari ini dengan penganjuran forum โLearning From Community: CBDRMโ, yang menampilkan perkongsian pengalaman serta amalan terbaik berasaskan Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM).
ย
Forum yang menghimpunkan wakil NGO dan penggerak komuniti ini dikendalikan oleh moderator Encik Syed Zaim Hafiy, Pegawai Kanan Pengurangan Risiko Bencana, Malaysian Red Crescent Society.
ย
Sesi hari ini menjadi wadah panel-panel berkongsi inisiatif kesiapsiagaan bencana di peringkat setempat, termasuk pemetaan pelan kecemasan komuniti serta pengurusan risiko bencana yang dipacu rakyat.
