PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐈𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
SIMULASI FASA KESIAPSIAGAAN DAN PENTADBIRAN BAGI PEMATUHAN SOP LATIHAN BERTERUSAN, REKOD PERUBATAN, PENGURUSAN PANGKALAN DATA ICMS DAN DOKUMEN KEBENARAN PELEPASAN DIPLOMATIK
 
ROLEPLAY: BREAKING NEWS
 
Simulasi 36 jam tanpa henti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bermula pada hari ini seawal jam 7.00 pagi dengan simulasi Activation: Breaking News.
Dalam simulasi ini, para Penguji (Classifier) dapat menilai dari aspek tindak balas Pasukan SMART serta peranan Home Based Support melakukan penyelarasan gerak kerja awal untuk mengatur gerak Pasukan SMART ke lokasi kejadian bencana.
 
ROLEPLAY: PROSES REGISTRATION MAS01
 
Simulasi ini menunjukkan kesegeraan Pasukan SMART melapor diri setelah mendapat arahan penugasan M1. Semua anggota perlu membuat pendaftaran kehadiran serta membuat saringan Kesihatan.
Previous Next

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SELATAN SEMENANJUNG | 22 SEPTEMBER 2026
 
📍 Pangkalan Udara Subang
 
Kerajaan meneruskan Operasi Pembenihan Awan (OPA) dari 22 hingga 24 September 2026, dengan tumpuan operasi beralih ke kawasan selatan Semenanjung sebagai langkah berterusan menangani keadaan cuaca kering, jerebu serta keperluan meningkatkan sumber air. Keputusan meneruskan operasi dibuat berdasarkan penilaian keadaan semasa dan nasihat teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
OPA hari ini memberi fokus kepada kawasan Empangan Upper Layang, Lower Layang dan Pulai. Operasi bermula pada jam 12.30 tengah hari dan tamat pada jam 3.00 petang. Keberkesanan operasi akan dinilai berdasarkan rekod dan data taburan hujan serta pemantauan keadaan kawasan tadahan oleh MET Malaysia.
 
OPA ini merupakan langkah bersasar Kerajaan berdasarkan keadaan semasa. Setiap pelaksanaan OPA bergantung kepada kesesuaian atmosfera dan nasihat teknikal MET Malaysia bagi meningkatkan peluang pembentukan hujan di kawasan yang memerlukan.
 
Kerajaan akan terus menggunakan pendekatan berasaskan sains, data dan kepakaran teknikal MET Malaysia dalam menentukan langkah mitigasi yang bersesuaian bagi menghadapi keadaan cuaca kering, jerebu serta keperluan sumber air.
Previous Next

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐒𝟎𝟏 | 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐋𝐎𝐆𝐈𝐒𝐓𝐈𝐊 & 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊
 
SEPANG, 21 September 2026 – Pelaksanaan INSARAG External Reclassification (IER) 2026 Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) diteruskan dengan penilaian Para Penguji (Classifiers) ke atas kesediaan logistik dan tapak ujian simulasi untuk proses penilaian operasi aturgerak pasukan MAS01 selama 36jam .
 
Semakan di stor logistik penting dalam memverifikasikan penyimpanan, penyusunan, pelabelan adalah selari dengan manifest logistik untuk aturgerak menggunakan pengangkutan udara dan darat.
Pemeriksaan tapak simulasi juga dijalankan agar selari dan realistik dengan senario 36 jam yang akan berlangsung esok.
 
Semakan ke stor dan tapak simulasi A dan B ini turut disertai oleh Wakil UN, Wakil Sekretariat INSARAG dan Mentor MAS01. Sesi s diakhiri dengan sesi bergambar sebagai sebahagian daripada momen kenangan perjalanan ke arah pensijilan semula IER MAS01.
Previous Next

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐒𝟎𝟏 | 𝐄𝐍𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
 
PUTRAJAYA, 21 September 2026 – Pemerhati antarabangsa dari Korea Selatan, Türkiye, Rusia, Singapura, Thailand dan Filipina hadir ke NADMA sempena hari pertama 𝘐𝘕𝘚𝘈𝘙𝘈𝘎 𝘌𝘹𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘐𝘌𝘙) 2026 Pasukan SMART di Putrajaya.
 
Kehadiran wakil enam negara ini bukan sekadar sebagai pemerhati, malah menjadi platform perkongsian pengalaman dan pembelajaran dalam bidang 𝘜𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 (𝘜𝘚𝘈𝘙) serta memberi pendedahan secara langsung terhadap proses penilaian, amalan dan prosedur yang dilaksanakan sepanjang IER 2026.
 
Program dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai NADMA yang disampaikan oleh Encik Muhammad Ridzuan Zawawi, Timbalan Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS), meliputi peranan NADMA serta pendekatan Malaysia dalam pengurusan bencana.
 
Penganjuran IER 2026 turut memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dan perkongsian kepakaran dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan tindak balas terhadap bencana.
Previous Next

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐒𝟎𝟏 | 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒𝐈𝐅𝐈𝐄𝐑 & 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐈𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
SEPANG, 21 September 2026 – Proses INSARAG External Reclassification (IER) 2026 bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bermula hari ini dengan Sesi Taklimat Classifier dan Semakan Dokumen MAS01 SMART Contingent – 𝘔𝘺𝘛𝘦𝘢𝘮 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘦𝘧 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 yang berlangsung di Markas SMART, Pulau Meranti.
Sesi yang melibatkan INSARAG Classifiers, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wakil INSARAG dan mentor ini bertujuan memberikan gambaran menyeluruh mengenai sistem dan mekanisme pengurusan bencana, termasuk kaedah pengaturgerakan pasukan SMART bagi penugasan antarabangsa serta struktur dan keupayaan logistik MAS01.Maklumat yang dibentangkan turut disemak silang dengan dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan dan pematuhan kepada senarai semak IER .
Sesi ini dipengerusikan oleh Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, dengan pembentangan oleh Supt. Safrizan Suhaini, Pn. Che Siti Noor Koh Poh Lee@ Che Mamat dan PgKB II Mohamad Hafiezul Abdul Halim.
Selesai sesi taklimat dan semakan dokumen, barisan INSARAG Classifiers turut dibawa meninjau komponen logistik serta tapak latihan simulasi bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan berdasarkan senarai semak IER yang ditetapkan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search