ππππππππβππππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππβππππππ ππππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ πππππππ
Β
PUTRAJAYA, 22 Ogos 2026 β Malaysia dan Brunei Darussalam memperkukuh kerjasama pengurusan bencana menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 22 Ogos 2026, bersempena Mesyuarat Konsultasi Pemimpin Tahunan ke-27 MalaysiaβBrunei Darussalam. MoU ini memperbaharui kerjasama sedia ada serta memperluas skop bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan kedua-dua negara menghadapi risiko bencana yang semakin kompleks.
Β
Kerjasama meliputi bantuan rentas sempadan, operasi mencari dan menyelamat (SAR), USAR, penyelamatan air dan teknikal, HAZMAT, keselamatan kebakaran, sistem amaran awal, teknologi digital serta pembangunan kapasiti. Usaha ini akan memperkukuh penyelarasan, perkongsian kepakaran dan tindak balas bencana yang lebih pantas dan berkesan, sekali gus meningkatkan daya tahan kedua-dua negara menghadapi ancaman bencana pada masa hadapan.
