Jejak Alumni UKM kepada Ketua Pengarah NADMA | 1 Ogos 2025
Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Pusat Perhubungan Alumni UKM yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr. Roslan Ja’afar.
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara alumni dan universiti dalam usaha membina jaringan kerjasama yang erat melalui program Jejak Alumni UKM. Pelbagai program menarik yang telah dirangka akan dilaksanakan oleh pihak Pusat Alumni UKM melibatkan Ketua Pengarah NADMA dalam masa terdekat. Datuk Abdul Halim merupakan alumni Fakulti Undang-Undang (FUU) UKM tahun 1995.
Turut hadir dari NADMA semasa sesi ini ialah Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi yang juga merupakan Alumni UKM dan Puan Nor Faeza Sabari, Ketua Komunikasi Korporat. Manakala di Pihak Pusat Perhubungan ALUMNI-UKM pula turut dihadiri oleh Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Program yang akan disertai oleh Alumni UKM kelak dapat menonjolkan perkhidmatan NADMA sekaligus memberi inspirasi dan menyuntik semangat kepada generasi muda mahasiswa untuk menggalas amanah dan menjadi pemimpin negara yang berkaliber dan berwibawa.
Ilmu, Mutu dan Budi
UKM Universiti Watan Kita
Kunjungan Hormat Ambassador Extraordinary and Pelnipotentiary of Japan to Malaysia kepada Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Ambassador Extraordinary and Pelnipotentiary of Japan to Malaysia kepada Ketua Pengarah NADMA | 31 Julai 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
H.E. Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat atas YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA. Beliau hadir bersama dua pegawai kedutaan, iaitu Ms. Hyoe Kiyomi dan Mr. Tabuse Masaya.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala Kerajaan Malaysia–Jepun susulan ASEAN Summit yang berlangsung pada Januari 2025. H.E. Ambassador Shikata memaklumkan bahawa Jepun sedang dalam usaha menubuhkan sebuah agensi pengurusan bencana baharu yang dijangka beroperasi pada tahun 2026.
NADMA turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dengan Jepun melalui pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) dalam bidang pengurusan bencana. H.E. Ambassador Shikata turut menyatakan hasrat untuk berkongsi pengetahuan serta memperkenalkan teknologi dan produk berkaitan pengurusan bencana.
Melalui kunjungan hormat ini, kedua-dua pihak berharap dapat memperkukuh kerjasama sedia ada serta meneroka lebih banyak peluang baharu dalam bidang pengurusan bencana, khususnya berkaitan isu banjir.
Reruai NADMA telah mendapat sambutan hangat pada hari kedua! Pengunjung berpeluang mencuba alatan penyelamatan dan menyertai kuiz berkaitan mekanisme pengurusan bencana![]()
Reruai NADMA di Pameran MK3D2025 menjadi tumpuan. Jom datang sekarang dan sertai aktiviti menarik yang kami sediakan!
Kemeriahan di reruai NADMA pada hari pertama! Ramai pengunjung yang datang dan mencuba pelbagai aktiviti interaktif di reruai!
Nak tengok cara Pasukan SMART menjalankan operasi mencari dan menyelamat?? Jom datang ke Reruai NADMA
Jangan ketinggalan
