KUALA LUMPUR, 8 April: Kebajikan mangsa insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya terus menjadi keutamaan dengan pelbagai usaha dilaksanakan termasuk pemberian sumbangan tambahan dan bantuan sewa rumah.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sumbangan sebanyak RM5,000 dan RM2,500 daripada Petronas ialah tambahan kepada bantuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Beliau berkata sumbangan mengikut kategori atau tahap kerosakan rumah itu menjadikan mangsa yang tergolong dalam kategori rumah musnah sepenuhnya akan menerima keseluruhan RM10,000 manakala bagi separa musnah dan penyewa masing-masing akan menerima sebanyak RM5,000.
Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan sewa rumah sebanyak RM2,000 kepada mangsa terlibat selama enam bulan bergantung pada tempoh pembaikan rumah masing-masing melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM7.356 juta.
Susulan insiden yang berlaku pada pagi hari raya kedua itu, Amirudin berkata nilai kerugian dan kerosakan kediaman yang terlibat dianggarkan sebanyak RM65.4 juta dengan 437 rumah dikenal pasti sebagai angka muktamad kediaman terlibat dalam insiden terbabit.
Katanya, jumlah itu berdasarkan pemerhatian yang dilakukan pasukan teknikal diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta hasil pemeriksaan turut mendapati 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kerosakan pada struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar manakala sebanyak 218 rumah tidak terjejas.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Datuk Johary Anuar juga dilantik untuk mengetuai Fasa Pemulihan termasuk kaedah baik pulih bagi kawasan yang terkesan, seperti rumah, jalan, infrastruktur dan kemudahan awam.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berharap agar lebih banyak syarikat korporat tampil memberikan sumbangan kepada mangsa insiden letupan paip gas itu bagi meringankan beban mangsa, walaupun pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan dan agensi berkaitan.
Beliau berkata setakat Isnin, sebanyak RM1.4 juta telah disalurkan kepada mangsa-mangsa terjejas termasuk bantuan kilat daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan juga bantuan awal Petronas.
Selain bantuan dari segi kewangan, mangsa juga menerima bantuan kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat yang disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri yang melibatkan sebanyak 253 mangsa menerima bantuan kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat yang disediakan di PPS.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming juga dilaporkan akan bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan formula terbaik untuk membantu mangsa.
Kementerian Kesihatan turut memaklumkan sebanyak 41 daripada keseluruhan 149 mangsa yang terlibat dalam tragedi ini masih menerima rawatan di hospital serta klinik, dan daripada jumlah itu, 19 mangsa dirawat di wad biasa hospital kerajaan manakala 22 mangsa lagi di kemudahan kesihatan swasta.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata selain elemen jenayah dan kecuaian menjadi antara fokus siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), faktor lain turut diambil kira dalam usaha mengenal pasti punca kejadian termasuk faktor pergerakan tanah di bawah permukaan lokasi kejadian yang sedang dipertimbangkan. – TVS
CYBERJAYA: The Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) returned home to a hero's welcome this evening after completing their search and rescue (SAR) mission in Myanmar.
They were reunited with their families in an emotional gathering at their headquarters in Pulau Meranti, here.
As the convoy rolled into the base, family members who had been waiting eagerly rushed forward with cheers and tears, embracing their loved ones who had spent over a week in the disaster-stricken region.
The 50-member team had earlier landed at the Subang Air Base at 5pm aboard two Royal Malaysian Air Force (RMAF) Airbus A400M aircraft, bringing home 31 tonnes of rescue equipment and vehicles.
Their return was welcomed by Armed Forces Chief General Datuk Mohd Nizam Jaafar and National Disaster Management Agency (Nadma) director-general Datuk Khairul Shahril Idrus, along with representatives from the Foreign Ministry, Nadma and the armed forces.
Nadma deputy director-general (operations) Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar said the MAS-01 SMART team said upon arrival, all team members underwent health screenings and were reported to be in good physical and mental condition.
"The team, which arrived in Myanmar on March 30, was deployed to the Sagaing sector, where they were the only international SAR team assigned.
"During their deployment, the team operated at 11 worksites, many of which involved complex collapsed structures that local rescuers were unable to access.
"The team's efforts led to the rescue of a 47-year-old man who had been buried for more than 72 hours at one of the sites. They also recovered the bodies of 10 other victims, including four children," he said at a press conference at the SMART headquarters, here.
He added that the team worked tirelessly under extremely hot weather conditions and frequent aftershocks throughout the mission.
He also praised the elite rescue team for their resilience, expertise, rapid deployment capabilities and the use of advanced equipment, adding that their success further strengthened Malaysia's reputation in humanitarian assistance and disaster relief efforts.
He said the team's sacrifice was even more meaningful as they were deployed just a day before Hari Raya Aidilfitri on April 1.
"Their performance demonstrated Malaysia's unwavering commitment to humanity and regional solidarity in disaster management," he said.
On March 28, 2025, a devastating 7.7-magnitude earthquake struck central Myanmar, with the epicenter near Mandalay.
As of yesterday, reports said the death toll has risen to at least 3,471, with thousands more injured and many still missing.
PUCHONG - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 47 tahun yang ditemui hidup selepas lebih 72 jam tertimbus akibat bencana besar yang melanda negara itu, baru-baru ini.
Penemuan mangsa yang masih hidup itu antara pencapaian dicatatkan pasukan yang terdiri daripada 50 anggota yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang enam hari menyertai operasi berkenaan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata, pencapaian lain ialah berjaya mengeluarkan 10 lagi mangsa termasuk empat orang kanak-kanak yang meninggal dunia.
“Misi Operasi MyTeam Reflief ini telah memberi peluang kepada pasukan SMART menguji tahap kesiapsiagaan dan pematuhan kepada piawaian Heavy Urban Search and Rescue (USAR) antarabangsa.
“Kecekapan anggota SMART, penggunaan peralatan dan kelengkapan SAR yang canggih, kerjasama yang harmoni dengan pasukan tempatan serta keupayaan taktikal SMART mendapat penghargaan daripada pemimpin dan komuniti setempat.
“Ia juga membuktikan komitmen Malaysia terhadap prinsip kemanusiaan dan solidariti serantau dalam pengurusan bencana,” katanya ketika sidang akhbar selepas menyambut ketibaan pasukan MAS - 01 SMART NADMA Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar di Markas SMART, di sini pada Isnin.
Terdahulu, seramai 50 anggota pasukan berkenaan selamat tiba di tanah air pada jam 5 petang.
Kesemua pasukan yang terlibat mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dengan menaiki pesawat A400M milik TUDM sebelum di bawa ke Markas SMART di sini, dan disambut ahli keluarga masing-masing.
Sementara itu, Abdul Gapar dalam sidang akhbar sama turut memaklumkan kesemua anggota pasukan yang terlibat selesai menjalani saringan kesihatan sebaik tiba di tanah air dan disahkan berada dalam keadaan sihat.
Menurutnya, sepanjang enam hari penugasan, pasukan berkenaan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di 11 kawasan runtuhan yang kebanyakannya melibatkan struktur yang kompleks dan di luar keupayaan pasukan penyelamat tempatan.
PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Sagaing, Myanmar telah selamat kembali ke tanah air hari ini.
Lebih membanggakan, pasukan yang terdiri daripada 50 anggota dan pegawai itu turut disertai seorang wirawati. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok DeMeteen, ketibaan pulang pasukan itu telah disambut di sebuah lapangan terbang.
Kelihatan dalam klip video terbabit adalah satu-satunya wirawati yang menyertai misi terbabit dan difahamkan wanita itu adalah anggota bomba.
“Wanita tunggal SMART ops Myanmar tiba di tanah air. Tahniah MAS-01,”tulis individu terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen dan mereka bangga dengan wira dan wirawati yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @@Abg Tuan. “Selamat pulang insan-insan hebat, kamu yang terbaik,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
SUBANG, 7 April – Seorang lelaki berusia 47 tahun yang tertimbus lebih 72 jam di kawasan runtuhan Worksite K10, Myanmar berjaya diselamatkan oleh Pasukan MAS-01 SMART NADMA dalam misi kemanusiaan Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar, baru-baru ini.
Pasukan yang terdiri daripada 50 anggota itu selamat tiba di tanah air kira-kira pukul 5.00 petang hari ini menggunakan dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat di Lapangan Terbang TUDM Subang.
"Pasukan MAS-01 yang ditugaskan di Sektor Sagaing, merupakan satu-satunya pasukan Urban Search and Rescue (USAR) antarabangsa yang beroperasi di kawasan tersebut.
"Sepanjang 6 hari penugasan, mereka melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di 11 kawasan runtuhan, yang kebanyakannya melibatkan struktur kompleks dan mencabar keupayaan pasukan tempatan," menurut hantaran itu di Facebook hari ini.
Kepulangan wira kemanusiaan disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, bersama wakil-wakil Kementerian Luar Negeri, ATM dan NADMA.
Setibanya di tanah air, kesemua anggota menjalani saringan kesihatan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan didapati berada dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental.
Selain menyelamatkan mangsa yang tertimbus hidup, pasukan turut menemui 10 lagi mangsa yang terkorban, termasuk empat kanak-kanak, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijumpai seramai 11 orang.
NADMA merakamkan penghargaan kepada semua kementerian, jabatan dan agensi yang menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada Myanmar.