๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ร๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ร๐
ย
Alhamdulillah NADMA telah selesai menyelaras pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Zon Timur selama dua (2) hari melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu. Operasi ini memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air strategik di Empangan Bukit Kwong, Kelantan, Empangan Paya Peda di Terengganu dan Negeri Pahang melibatkan empangan Chereh.
ย
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, TKP(O) NADMA bersama-sama Tuan Ambun Dindang, TKP(O) MET Malaysia turut memantau pelaksanaan opa. Wakil media RTM turut dijemput membuat liputan bagi menyebarluaskan usaha Kerajaan dalam mendepani cabaran cuaca panas.
ย
Sehingga kini, NADMA telah menyelaras lapan (8ย siri OPA melibatkan 29 penerbangan sejak Februari 2026 meliputi zon utara, selatan, timur serta negeri Sabah dan Sarawak.
Ketika negara sedang berdepan Monsun Barat Daya yang dicirikan oleh cuaca panas dan kering serta peningkatan risiko fenomena El Niรฑo, pelaksanaan OPA merupakan antara langkah mitigasi awal kerajaan bagi membantu meningkatkan taburan hujan, mengekalkan paras takungan air empangan dan mengurangkan kesan cuaca kering yang berpanjangan.
ย
Operasi ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik serta menjamin kelangsungan bekalan air demi kesejahteraan rakyat.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐๐พ) ๐๐๐ผ๐๐พ๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐ผ๐๐๐) ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐ฝ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐๐พ) ๐๐๐ผ๐๐พ๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐พ๐ (๐๐ผ๐๐๐) ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ ๐๐๐๐พ๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐ฝ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ | ๐ โ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Mesyuarat ๐๐ช๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฐ๐ฏ๐ง๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐) ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐๐๐) ๐๐ข๐ณ๐ช๐ต๐ช๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ด๐ด ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (๐๐๐๐) ๐๐น ๐๐ช๐ฎ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข๐ฏ Tahun 2026 telah diadakan bagi memperincikan perancangan dan persiapan akhir pelaksanaan ๐๐ช๐ฆ๐ญ๐ฅ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (FTX) bencana maritim berskala besar (Tier 3).
ย
Mesyuarat ini turut menjadi platform penyelarasan dan koordinasi kesiapsiagaan melibatkan semua agensi serta industri yang terlibat dalam pelaksanaan latihan berkenaan. Perbincangan memberi penekanan kepada aspek fungsi, lokasi penugasan serta komunikasi strategik setiap agensi dan industri bagi memastikan pelaksanaan operasi dapat dijalankan secara tersusun, efektif dan bersepadu.
ย
Selain itu, sesi perbincangan turut memberi fokus kepada pengukuhan koordinasi antara agensi berdasarkan ๐๐ต๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ณ๐ฅ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ค๐ฆ๐ฅ๐ถ๐ณ๐ฆ (๐๐๐) berkaitan dokumen ๐๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ข๐ณ๐ช๐ต๐ช๐ฎ๐ฆ ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ข๐ฏ๐ถ๐ข๐ญ (๐๐๐๐๐๐) di peringkat maritim serta Arahan NADMA No.1 di peringkat daratan.
ย
Langkah penambahbaikan turut dibincangkan bagi memperluaskan peranan setiap agensi dan industri melalui pemerkasaan kesiapsiagaan pengurusan bencana di darat selaras dengan pelaksanaan Arahan NADMA No.1.
ย
Turut hadir ke mesyuarat ini ialah DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah SPO bersama wakil-wakil agensi dan industri berkaitan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Ex Limbawan 2026.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐พ๐ผ๐๐ผ๐พ๐๐๐ ๐ฝ๐๐๐๐ฟ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐พ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐๐ ๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐พ๐ผ๐๐ผ๐พ๐๐๐ ๐ฝ๐๐๐๐ฟ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐พ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐๐ ๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ | ๐ โ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan penyampaian amaran awal bencana yang lebih inklusif menerusi penyertaan dalam program ๐๐ฆ๐จ๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ข๐ฑ๐ข๐ค๐ช๐ต๐บ ๐๐ถ๐ช๐ญ๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ฏ๐ค๐ญ๐ถ๐ด๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ข๐ณ๐ญ๐บ ๐๐ข๐ณ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฆ๐ด๐ด๐ข๐จ๐ช๐ฏ๐จ yang berlangsung di Da Nang, Viet Nam. Program anjuran ASEAN ๐๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ฅ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ณ๐ฆ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ถ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ช๐ต๐ข๐ณ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ด๐ด๐ช๐ด๐ต๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐๐ ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ณ๐ฆ) ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau serta meningkatkan keupayaan negara-negara ASEAN dalam menyampaikan mesej amaran awal bencana yang jelas, mudah difahami dan berorientasikan tindakan kepada semua lapisan masyarakat.
ย
Program ini turut memberi penekanan terhadap pendekatan komunikasi risiko yang lebih inklusif khususnya kepada golongan rentan seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak serta komuniti berisiko tinggi agar setiap mesej amaran awal dapat diterima, difahami dan diambil tindakan dengan berkesan semasa situasi bencana.
ย
Malaysia telah diwakili oleh beberapa agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana dan penyampaian amaran awal iaitu En. Muhammad Haydal Muhammad Shukeri daripada NADMA, Puan Nazian Zainal Abidin daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Puan Muzliana Ramli daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) serta En. Xilas Ngang Wei Xiang daripada ๐๐ณ๐ช๐ด๐ช๐ด ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ฆ๐ง ๐๐ฒ๐ถ๐ข๐ฅ ๐ฐ๐ง ๐๐๐ (CRSM). Program ini turut menghimpunkan seramai 70 peserta terdiri daripada wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NDMO) ASEAN, Agensi Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Organisasi Masyarakat Sivil, Sekretariat ASEAN serta pelbagai organisasi antarabangsa termasuk UNDRR, WMO, ITU, IFRC dan UNICEF.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฟ๐-๐๐ผ๐พ๐๐๐๐พ ๐๐๐ผ๐๐๐ ๐๐๐พ๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐พ๐ ๐๐๐๐ |
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฟ๐-๐๐ผ๐พ๐๐๐๐พ ๐๐๐ผ๐๐๐ ๐๐๐พ๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐ผ๐๐พ๐ ๐๐๐๐ | ๐ & ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara terhadap ancaman kesihatan awam dan bencana rentas sempadan menerusi penyertaan dalam ๐๐ฏ๐ฅ๐ฐ-๐๐ข๐ค๐ช๐ง๐ช๐ค ๐๐ฆ๐ข๐ญ๐ต๐ฉ ๐๐ฆ๐ค๐ถ๐ณ๐ช๐ต๐บ ๐๐ญ๐ญ๐ช๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ (IPhas) 2026 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Persidangan ini menjadi medan penting hubungan kerjasama serantau serta memperluas perkongsian pengetahuan dan kepakaran dalam aspek keselamatan kesihatan dalam kalangan negara Indo-Pasifik.
ย
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi yang turut menghimpunkan para pemimpin sektor pertahanan, kesihatan dan keselamatan dari 21 negara. Program anjuran ๐๐ฏ๐ช๐ต๐ฆ๐ฅ ๐๐ต๐ข๐ต๐ฆ๐ด ๐๐ฏ๐ฅ๐ฐ-๐๐ข๐ค๐ช๐ง๐ช๐ค ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ฅ (๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐) dan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) ini memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan pandemik, keselamatan kesihatan global serta pengukuhan koordinasi tindak balas krisis melalui latihan, perkongsian pengalaman dan amalan terbaik negara.
ย
Persidangan ini turut melengkapkan penganjuran ๐๐ญ๐ฐ๐ฃ๐ข๐ญ ๐๐ฆ๐ข๐ญ๐ต๐ฉ ๐๐ฆ๐ค๐ถ๐ณ๐ช๐ต๐บ ๐๐ฐ๐ฏ๐ง๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (GHSC) 2026 dan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab dialog serta diplomasi keselamatan kesihatan di rantau Indo-Pasifik. NADMA akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi berkaitan selaras dengan pendekatan ๐๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฉ๐ฐ๐ญ๐ฆ-๐ฐ๐ง-๐๐ฐ๐ค๐ช๐ฆ๐ต๐บ bagi meningkatkan kesedaran kesiapsiagaan dan koordinasi pengurusan bencana serta krisis kesihatan awam secara menyeluruh kepada masyarakat.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk Mekanisme Pengurusan Bencana: Arahan NADMA No. 1 kepada pegawai kesihatan dan paramedik dari fasiliti kesihatan di daerah Klang. Program anjuran Unit Survelan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang ini telah berlangsung pada 9 Jun 2026 di Menara Bank Rakyat, Shah Alam.
ย
Taklimat ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai mekanisme pengurusan bencana negara serta peranan dan tanggungjawab agensi yang terlibat semasa menghadapi krisis kesihatan awam dan situasi bencana. Para peserta turut didedahkan kepada kepentingan kesiapsiagaan dari aspek operasi, logistik dan sumber manusia bagi memastikan tindak balas yang terancang dan berkesan.
ย
Diharapkan taklimat yang diberikan dapat memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana. Selain itu, program ini turut membantu mengukuhkan komunikasi serta koordinasi antara agensi berkaitan agar pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.
