PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π„πŠπ‘π„π“π€π‘πˆπ€π“ ππ–πˆ ππ€πƒπŒπ€ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 πŒπ€ππ†π’π€ (𝐏𝐏𝐌) ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ | πŸπŸ‘ - πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
Dua wakil Sekretariat BWI, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, NADMA telah mengadakan lawatan ke tiga (3) Pusat Pendaftaran Mangsa (PPM) di daerah Pendang dan Padang Terap, Kedah yang dibuka susulan kejadian bencana ribut.
Β 
Seramai 225 keluarga berjaya dibantu dengan pembukaan PPM sepanjang 2 hari tersebut. Pendaftaran mangsa di PPM Dewan Petunas FELDA Lubuk Merbau melibatkan 13 keluarga; manakala di PPM Masjid At-Ta'awun melibatkan 76 keluarga; PPM Masjid Al Hidayah melibatkan 136 keluarga.
Β 
PPM ini dibuka bagi membantu pendaftaran mangsa bencana yang tercicir semasa pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika kejadian bencana berlaku.
Ini bagi memudahkan penyelarasan bantuan dibuat lebih teratur dan menyeluruh melalui Sistem MyIBJKM.
Β 
Lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak NADMA untuk mengenalpasti masalah, memberi pandangan/cadangan dan meneliti keperluan semasa mangsa ketika mendaftar dan memohon BWI serta memastikan proses pendaftaran dan penyelarasan bantuan kepada mangsa berjalan dengan lancar dan terkawal.
Previous Next

LATIH AMAL BENCANA UDARA | 14 MEI 2026
Β 
πŸ“ Langkawi, Kedah
Β 
YDH Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NADMA telah hadir sebagai Pemerhati Latih Amal Bencana Udara β€œFull Scale Exercise” (FSX) EX-MAHSURI 2026 yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAB) bagi menguji tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan koordinasi antara agensi dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana udara.
Latihan ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, Airport Malaysia serta agensi berkaitan di Langkawi berdasarkan Arahan NADMA No.1.
Β 
Antara fokus utama latihan adalah memastikan setiap agensi mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi pengendalian bencana udara di LTAB Langkawi.
Latihan seumpama ini penting sebagai langkah kesiapsiagaan tinggi demi memastikan keselamatan rakyat, pelancong dan semua pengguna lapangan terbang sentiasa terjamin.
Previous Next

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 ππ„π‘π€πŠ (𝐌𝐁 𝐈𝐧𝐜.) πŠπ„ ππ€πƒπŒπ€ | πŸπŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) yang diketuai oleh Encik Kamarulariffin Hj. Ayub, Pengurus Besar Kanan di Ibu Pejabat NADMA.
Β 
Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan mengenai potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek berkaitan pengurusan bencana.
Β 
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Encik Meor Hijdayat Ismail, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Previous Next

SELESAI HARI KETIGA OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI KEDAH DAN PERLIS | 12 MEI 2026
Β 
πŸ“ Pangkalan Udara Subang
Β 
Sesi taklimat pelaksanaan operasi dan keselamatan diberikan oleh pihak TUDM dan MET Malaysia pada jam 10.30 pagi sebagai persediaan sebelum penerbangan.
Β 
OPA hari ini bermula jam 2.00 petang dengan kawasan sasaran adalah di lokasi yang sama iaitu empangan Timah Tasoh di Negeri Perlis dan 4 kawasan empangan di Negeri Kedah iaitu empangan Ahning, Pedu, Beris dan Muda. Puan Afifah Omar, Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) turut menyertai operasi pada hari ini bagi membuat tinjauan pelaksanaan operasi.
Β 
Sebanyak 4 tangki bancuhan garam bersamaan 6,000 liter digunakan untuk semburan dari ketinggian 6,000 – 9,000 kaki bagi membuat pembenihan. Pada hari ini terdapat banyak awan Kumulus Menara yang sesuai untuk dibuat pembenihan di semua kawasan sasaran. Operasi berakhir pada jam 5.30 petang.
Β 
Daripada produk Radar QPE (Quantitative Precipitation Estimation) pada resolusi data tinggi 1 kilometer (km) menunjukkan terdapat pola taburan anggaran hujan di hampir kesemua Empangan OPA pada kali ini.
Β 
Data anggaran hujan daripada radar adalah seperti yang berikut:
Β 
1. ⁠Empangan Beris - jam 3.00 petang hingga 8.00 malam;
Β 
2. ⁠Empangan Muda - jam 3.00 petang hingga 8.00 malam;
Β 
3. ⁠Empangan Pedu - jam 3.00 petang hingga 7.00 malam;
Β 
4. ⁠Empangan Ahning jam 3.00 petang hingga 8.00 malam; dan
Β 
5. Empangan Timah Tasoh 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Β 
Alhamdulillah, pelaksanaan OPA hari ketiga di kawasan utara pada hari ini berjaya menurunkan hujan yang lebat di kawasan sasaran OPA.
Previous Next

OPERASI PEMBENIHAN AWAN DI NEGERI SARAWAK | 12 MEI 2026
Β 
πŸ“PANGKALAN UDARA KUCHING
Β 
Hari ini merupakan hari kedua OPA dijalankan di Negeri Sarawak dan kawasan tumpuan masih memberi fokus kepada di Empangan Bakun dan Empangan Batang Ai.
Β 
Timbalan Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Gapar Hj. Abu Bakar bersama-sama Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Ir. Bunyak Lunyong, CEO Sarawak Energy turut menyertai operasi pada hari ini. Pesawat C-130 milik TUDM membawa 4 tangki larutan garam bersamaan 6000 liter bagi kegunaan pembenihan awan.
Β 
Operasi bermula pada jam 1:36 tgh hari dan berakhir pada jam 5:00 petang.
Β 
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun pada jam 4:30 petang petang di sekitar kawasan sasaran Empangan Bakun. Sepanjang pembenihan dilakukan, terdapat banyak awan kumulus menara di sekitar kawasan sasaran memudahkan aktiviti semburan dijalankan sekaligus mempercepatkan kejadian hujan.
Β 
Walau bagaimanapun, cerapan hujan di kawasan tadahan Empangan Batang Ai pula masih belum menunjukkan hasil sehingga kini.
Pelaksanaan OPA pada hari ini hanya berjaya menurunkan hujan di kawasan tadahan Empangan Bakun. Manakala di Empangan Batang Ai, pemantauan keberkesanan operasi masih diteruskan oleh pihak MET Malaysia.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search