PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

5 Mac 2023 – Telah berlangsungnya Program Marhaban Ya Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan. Program tersebut diadakan bersempena menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak lema lagi. Program telah diisi dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syahmi Syazeril bin Azmi dari Pusat Tadabbur Centre Sdn.Bhd Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah adalah perkara utama yang perlu diingati oleh umat Islam apabila berbicara berkaitan Bulan Ramadhan adalah turunnya kitab suci Al-Quran. Selain itu, penceramah juga menegaskan bahawa amalan perbanyakkan berdoa adalah sangat digalakkan ketika Ramadhan. Hal ini kerana, amalan berdoa dan berpuasa adalah sinonim dan sering bersangkut paut satu sama lain. Di akhir sesi ceramah, penceramah turut menyeru agar kita semua sentiasa menyucikan hati dengan perbanyakkan amalan di bulan mulia dan menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya.

Previous Next

4 Mac 2024    Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Zaidi bin Johari. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Melaka termasuk cadangan penambahbaikan pengurusan bencana yang boleh dilaksanakan .   Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH DCP Dato' Zainol bin Hj. Samah, Ketua Polis Melaka bagi mendapatkan pandangan mengenai peruntukan yang telah disalurkan bagi menambahbaik PKTK dan beberapa cadangan penambahbaikan pengurusan bencana termasuk aspek SOP dan latih amal di Melaka dan seluruh negara secara amnya. Sesi kunjungan hormat berakhir jam 12.00 tengah hari.

 

Previous Next

4 Februari 2024 – Sedang berlangsung secara dalam talian 2nd Project Steering Committee (PSC) Meeting for Disaster Emergency Logistics System for ASEAN (DELSA) Phase IV Project yang dipengerusikan oleh YBrs. Pengarah (Dasar) NADMA bersama Singapura (Singapore Civil Defence Force – SCDF) dan Myanmar (Department of Disaster Management – DDM).

 Mesyuarat PSC DELSA ini diadakan sebanyak 2 kali setahun dan hasil mesyuarat ini akan dilaporkan ke Meeting of the ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Preparedness, Response and Recovery (ACDM WG on PRR) yang juga dipengerusikan bersama oleh Malaysia, Singapura dan Myanmar.

 Mesyuarat ini dihadiri oleh Mission of Japan to ASEAN, Japan-ASEAN Integration Fund (JAIF) Management Team (JMT), Filipina (Office of Civil Defense - OCD), Thailand (Department of Disaster Prevention and Mitigation – DDPM) dan Sekretariat ASEAN serta diurussetiakan oleh AHA Centre. NADMA dihadiri oleh Seksyen Dasar dan Perancangan (SDP), Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan Seksyen Logistik (SL) dengan dibantu oleh Seksyen Teknologi Maklumat (ICT) bagi memastikan kelancaran mesyuarat ini.

Previous Next

29 Februari 2024 – Pada hari ini NDCC telah menerima lawatan delegasi antarabangsa  bagi The Fifty Sixth Session of Typhoon Committee (TC56) anjuran MET Malaysia. Delegasi terdiri dari wakil dari pelbagai negara, iaitu Brunei, China, Jepun, Laos, Philipina, Korea Selatan, Singapura, Switzerland, Thailand, USA dan Vietnam.  Delegasi diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi  NDCC dalam pengurusan bencana.

Previous Next

29 Feb 2024 - An informal meeting between officers of NADMA Malaysia and officers from the Embassy of the Philippines in Kuala Lumpur was held on 29 February 2024 to discuss on the possible collaboration of mutual interest in disaster preparedness and response.

 The Embassy of the Philippines was led by Mr Leandro Luiz Manantan, Second Secretary and Consul whilst NADMA Malaysia was led by Senior Principal Assistant Director (Policy) and accompanied by Principal Assistant Director (Operations Coordination) and Senior Assistant Director (Policy).

The Embassy has expressed their interest to learn and work closely with NADMA Malaysia to enhance disaster preparedness and response strategies for both countries. NADMA Malaysia also shared the same interest and welcomes these initiatives.

The meeting in principal agreed to pursue the establishment of MOU to concretize cooperation in disaster management.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search