SESI PENGIRAAN DAN PENGASINGAN BARANG LEBIHAN MISI KEMANUSIAAN SYRIA DI DEPOT SIMPANAN SUNGAI BULOH
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Januari 2024 - Sedang berlangsung sesi pengiraan dan pengasingan barang lebihan Misi Kemanusiaan Syria di Depot Simpanan Sungai Buloh bagi tujuan pengagihan kepada mangsa-mangsa banjir.
KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE LOKASI BANJIR NEGERI PAHANG
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
11 Januari 2023 - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah ketika mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 & 3. Taklimat situasi banjir daerah Pekan disampaikan oleh YH. Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 dan seterusnya berangkat ke lokasi mendapan pada struktur jalan dan mnyebabkan jalan runtuh di KM73 FT012 Lebuhraya Kuantan - Segamat (Landmark Burung Unta). Taklimat ringkas disampaikan oleh YH. Dato' Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.
Yang di-Pertuan Agong turut mencemar duli melawat lokasi terakhir PPS SK Merchong Jaya dan memberi pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, En Meor Ismail Bin Meor akim Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara.
LAWATAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE LOKASI BANJIR NEGERI JOHOR | 9 Januari 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
9 Januari 2023 - Sekitar lawatan kerja YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri ke lokasi banjir di sekitar Jalan Tun Seri Lanang dan di Jambatan Sungai Bang, Kota Tinggi hari ini.
Dalam siri lawatan tersebut YAB Timbalan Perdana Menteri, berkesempatan melawat Pusat Penempatan Sementara SK Taman Kota Jaya, Johor serta mendengar taklimat ringkas oleh Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi.
Selain itu, YAB Timbalan Perdana Menteri juga membuat lawatan ke khemah penempatan penduduk terjejas dan penyerahan kit makanan kepada mangsa banjir.
Turut hadir sama Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Khairul Shahril Idrus, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan YBhg. KPj Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR OLEH KFC MALAYSIA DI BAWAH ADD HOPE MALAYSIA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Januari 2024 - Telah berlangsung penyerahan sumbangan untuk mangsa banjir oleh KFC Malaysia di Aras 7, Agensi Pengurusan Bencana Negara. KFC Malaysia telah berbesar hati untuk menyumbang sebanyak RM50,000 ke Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN). Sesi penyerahan mock cheque kepada YBhg. Ketua Pengarah NADMA telah disempurnakan oleh Encik Chandrasagran Munusamy, Ketua Jenama KFC Malaysia.
LAWATAN PEMANTAUAN KHEMAH POS KAWALAN TEMPAT KEJADIAN (PKTK) DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 dISEMBER 2023 - Sesi lawatan ini yang diketuai oleh En. Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Logistik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan disertai dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial serta Seksyen Pelaksanaan Operasi.