Sesi Kunjungan Hormat YDH SAC Fauzilan Bin Abdul Aziz Ketua Penolong Pengarah Krisis & Bencana Jabatan KDNKA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
1 April 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YDH SAC Fauzilan Bin Abdul Aziz Ketua Penolong Pengarah Krisis & Bencana Jabatan KDNKA Ke Atas Encik Meor Ismail Bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA. Untuk makluman, YDH SAC Fauzilan Bin Abdul Aziz telah dilantik sebagai KPP KDNKA pada 13 Mac 2024 yang lalu. Di dalam sesi kunjungan hormat ini pelbagai perkara telah dibincangkan termasuklah mengeratkan hubungan antara agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana antara NADMA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut serta di dalam Sesi Kunjungan Hormat ini adalah YDH Dato' Mohd Khairi Bin Khairudin, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
Program Kolaborasi NADMA Malaysia dan AHA Centre : 4th AHA Centre Information Network (AIM-Net) Workshop and Meeting
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Mac 2023 - YBhg. Tuan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA Malaysia, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, diiringi oleh Dr. Sithu Pe Thein - Director of Operations of the AHA Centre, telah merasmikan Program Kolaborasi NADMA Malaysia dan AHA Centre : 4th AHA Centre Information Network (AIM-Net) Workshop and Meeting yang akan berlangsung mulai 18 hingga 22 Mac 2024 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Program ini bertujuan untuk bertindak sebagai platform solidariti ASEAN dalam memperkukuhkan sistem dan pengurusan maklumat bencana di rantau ini, terutamanya dalam kalangan EOCs (Emergency Operations Centre) seliaan NDMO ASEAN.
Program ini juga buat pertama kalinya melibatkan pelaksanaan sesi ASEAN EOC Exercise secara langsung dari NDCC NADMA Malaysia, berbanding sebelum ini secara virtual dari EOC AHA Centre di Jakarta.
Expanding The Horizon: Disaster Management 101 For Occupational Health Practitioners
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
9 Mac 2024 - Sedang berlangsung seminar Expanding The Horizon: Disaster Management 101 For Occupational Health Practitioners. Seminar kali ini adalah tentang cara merancang, melaksana dan menilai pelan pengurusan bencana untuk organisasi, serta cara menangani kesan psikologi dan fizikal bencana ke atas pekerja.
Seminar ini telah dihadiri oleh wakil NADMA iaitu Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dengan ceramah berjudul Ground Zero & Beyond: Preparedness And Disaster Management In Malaysia.
Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Mac 2024 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Sabah termasuk cadangan penambahbaikan pengurusan bencana yang boleh dilaksanakan. Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan menghadiri Sesi Perbincangan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas di Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah di Menara Kinabalu, yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur. Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan status terkini perkembangan pembinaan PPKB Daerah Pitas yang merupakan salah satu projek perintis PPKB.