PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Program Tinjauan ke Kg Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan untuk melihat kesan runtuhan tebing Sungai Kelantan akibat banjir Monsun Timur Laut.
Lawatan disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Datuk Seri Mustapa Mohamed ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali serta wakil-wakil Kerajaan Negeri.
Antara cadangan yang telah dikemukakan Kerajaan Kelantan adalah untuk penelitian adalah membaik pulih runtuhan tebing sungai, pengambilan tanah di kawasan yang terlibat dan pembinaan semula Rumah Pam Saliran Air Muleh.
Pada pertengahan bulan Februari, seramaj 98 orang penduduk kawasan itu daripada 45 keluarga dipindahkan setelah lima buah musnah susulan kejadian tebing runtuh.
Previous Next

5 Mac 2021 - Majlis Perasmian Kempen Pembudayaan Norma Baharu Sektor Peruncitan di Pasar-Pasar Utama peringkat Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri KPDNHEP. Turut hadir Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Dr Aminuddin bin Hassim.
Kempen Norma Baharu COVID-19 dilancarkan bertujuan untuk menggalakkan semua pihak disetiap peringkat untuk mengembleng tenaga dalam memastikan norma baharu kehidupan diamalkan kesan daripada penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Kempen Kesedaran Norma Baru Covid-19 ini juga adalah sebahagian strategi bersepadu Kerajaan dalam mengurus pandemik COVID-19 yang diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Previous Next

TKP NADMA (Pasca Bencana) En Mohamad Azhan Bin Md Amir menyampaikan “armband” Agen Basmi COVID 19 (ABC-19) Kepada Ketua Pengarah APM & RELA.

Agent Basmi Covid-19 (ABC-19) melalui penglibatan anggota APM dan RELA. Terima kasih KP APM dan KP RELA serta semua warga kedua-dua agensi ini yang bersatu hati untuk merealisasikan pematuhan SOP Norma Baharu di kalangan anggota komuniti.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search