Sesi Libat Urus Semakan Draf Dasar Nasional Pengurangan Risiko Bencana 2024–2030 Bersama Pihak Berkepentingan Di Peringkat Persekutuan Dan Negeri
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
20 Feb 2024, Selasa - Telah berlangsung Sesi Libat Urus Semakan Draf Dasar Nasional Pengurangan Risiko Bencana 2024-2030 bersama pihak berkepentingan di peringkat persekutuan dan negeri di Dewan Wawasan Markas SMART. Sesi libat urus ini telah dihadiri 70 orang pegawai kanan wakil daripada peringkat persekutuan dan negeri bagi sama-sama meneliti dan memberi cadangan penambahbaikan ke atas draf Dasar Nasional Pengurangan Risiko Bencana 2024-2030 sebelum dimuktamadkan.
Sesi libat urus ini merupakan fasa akhir sebelum draf dasar nasional ini dimuktamadkan dan seterusnya dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang di jangka pada bulan Mac 2024.