5 Februari 2024 - YBhg. Ketua Pengarah NADMA telah memenuhi jemputan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi lawatan ke Pusat Pengalaman Imersif 5G (Portal My5G). Portal My5G merupakan pusat pengalaman imersif 5G yang terbaik di rantau Asia. Pusat ini mempamerkan lebih dari 50 kes penggunaan dan penyelesaian merangkumi pelbagai sektor merangkumi keselamatan awam, logistik, kesihatan dan peruncitan. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Pasca), Pengarah Logistik, Pengarah NDCC, Pengarah BKP, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pegawai-pegawai NADMA.