KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE LOKASI BANJIR NEGERI PAHANG
- Farah Natasya
- Program dan Aktiviti
11 Januari 2023 - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah ketika mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 & 3. Taklimat situasi banjir daerah Pekan disampaikan oleh YH. Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 dan seterusnya berangkat ke lokasi mendapan pada struktur jalan dan mnyebabkan jalan runtuh di KM73 FT012 Lebuhraya Kuantan - Segamat (Landmark Burung Unta). Taklimat ringkas disampaikan oleh YH. Dato' Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.
Yang di-Pertuan Agong turut mencemar duli melawat lokasi terakhir PPS SK Merchong Jaya dan memberi pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, En Meor Ismail Bin Meor akim Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara.