πππππππ πππππ πππππ πππππ πππππππ πππππππ ππππππππ πππππ ππ πππ πππππππ ππππππππππ ππππππ ππππππππππ ππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππ πππππ πππππ πππππ πππππππ πππππππ ππππππππ πππππ ππ πππ πππππππ ππππππππππ ππππππ ππππππππππ ππππππ πππππππ
Β
Latihan simulasi berskala penuh ini merupakan siri latihan ketiga yang dilaksanakan sebagai persediaan akhir sebelum menghadapi penilaian sebenar IER yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 25 September akan datang.
Β
Hari pertama dimulakan dengan sesi taklimat bersama barisan mentor dari Australia yang dipengerusikan oleh Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), NADMA. Sesi ini bertujuan memperkukuh penyelarasan, pemahaman serta kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi proses penilaian yang bakal dilaksanakan.
Β
Memasuki hari kedua, Pasukan MAS01 SMART NADMA memulakan Simulasi Penyelamatan Berskala Penuh selama 36 jam secara berterusan, yang dijadualkan berakhir pada jam 9.00 malam, 24 Jun 2026. Simulasi ini menyediakan ruang untuk menguji keupayaan operasi, koordinasi melalui sistem INSARAG, pengurusan logistik serta ketahanan anggota dalam melaksanakan misi pencarian dan penyelamatan mengikut piawaian antarabangsa.
Β
Turut hadir meninjau pelaksanaan latihan ialah Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang meluangkan masa untuk melihat sendiri fasa mobilisasi serta keadaan di ππ’π΄π¦ π°π§ ππ±π¦π³π’π΅πͺπ°π―π΄ (ππ°π) Pasukan MAS01 SMART NADMA. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan dalam menghadapi penilaian serta misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
